Jumlah maut nahas kereta api cecah 17

Jumlah maut nahas kereta api cecah 17

ISLAMABAD, 3 Julai (AFP) – Jumlah kematian daripada kemalangan landasan kereta api Pakistan telah meningkat kepada 17 orang, menurut tentera hari ini, sehari selepas kereta api tentera khas jatuh ke dalam terusan apabila separuh bahagian jambatan runtuh.

Seorang pegawai kanan di antara mereka yang terbunuh apabila empat gerabak kereta api membawa tentera dan peralatan tentera tergelincir dan jatuh dari Jambatan Chanawan di wilayah timur Punjab.

“Jumlah mayat yang ditemui sehingga kini adalah 17. Pencarian masih lagi diteruskan,” kata jurucakap utama tentera, Mejar Jeneral Asim Bajwa, dalam satu mesej yang disiarkan dalam akaun Twitternya.

Insiden itu berlaku berhampiran bandar timur Wazirabad ketika kereta api membawa tentera dari selatan wilayah Sindh menuju ke bandar garison Kharian.

Ia masih belum jelas kenapa jambatan landasan tunggal dan sederhana dan pendek serta hanya beberapa kaki di atas air terusan itu runtuh.

Menteri Landasan Kereta api, Saad Rafique membayangkan kemalangan itu mungkin melibatkan permainan kotor, dengan mengatakan kereta api yang lebih berat telah menyeberangi jambatan yang sama sejam sebelumnya tanpa adanya masalah.

Namun seorang jurucakap dari Landasan Kereta api Pakistan mengatakan siasatan ke atas insiden itu masih lagi diteruskan.

“Kami telah menyerahkan laporan awal kepada perdana menteri namun butiran sebenar akan dipastikan selepas siasatan selesai,” Rauf Tahir memberitahu AFP.

“Ia adalah peristiwa luar biasa. Kami sedang menyiasat punca bagi runtuhan tiba-tiba jambatan itu.”

ARTIKEL YANG SAMA