Jumlah pendatang ke New Zealand meningkat

Jumlah pendatang ke New Zealand meningkat

WELLINGTON, 20 Mei (Xinhua) – New Zealand mencatat rekod tertinggi bagi kemasukan pendatang pada tahun ini hingga akhir bulan April lalu, apabila pendatang dari India dan China catat kemasukan terbesar ke negara itu, kata agensi statistik kerajaan, hari ini.

Catatan tahunan pendatang (lebih banyak ketibaan daripada berlepas) mencecah paras tertinggi sebanyak 68,100 pada bulan April, menurut Statistik New Zealand.

Ketibaan pendatang itu membawa kepada jumlah tertinggi baru, meningkat sebanyak 9 peratus kepada 124,700.

Ia merupakan bulan ke-21 berturut-turut dalam catatan tahunan pendatang yang mana telah mencapai rekod baru, kata seorang pengulas dari agensi.

Sebagai perbandingan, pendatang asing telah turun 2 peratus kepada 56,600.

Ketibaan tahunan bagi bukan pendatang warga New Zealand telah didahului oleh India sebanyak 13,100 (11 peratus daripada semua ketibaan), diikuti China 11,000 (9 peratus) dan United Kingdom 9,100 (7 peratus).

ARTIKEL YANG SAMA