Jumlah penganggur menurun

Jumlah penganggur menurun

BANDAR SERI BEGAWAN, 16 Julai – Bilangan rakyat dan penduduk tetap berumur 18 hingga 59 tahun, yang menganggur bagi bulan Mei 2015 telah menurun daripada 14,116 orang pada bulan April 2015 kepada 13,854 orang pada bulan Mei 2015.

Menurut perangkaan yang dikeluarkan oleh Jabatan Perancangan dan Kemajuan Ekonomi di sini, daripada jumlah tersebut seramai 9,496 orang (69 peratus) tinggal di daerah Brunei Muara; 7,716 orang (56 peratus) adalah terdiri dari perempuan; 7,343 orang (53 peratus) berumur di antara 20 hingga 29 tahun; dan 8,811 orang (64 peratus) mempunyai taraf pendidikan tertinggi di peringkat menengah.

Perangkaan pencari kerja tempatan itu disediakan secara bulanan oleh JPKE, bertujuan untuk memberikan anggaran terkini bilangan beserta profil mengenai rakyat Brunei dan penduduk tetap yang berumur di antara 18 hingga 59 tahun yang tidak mempunyai pekerjaan dan sedang aktif mencari pekerjaan, atau diistilahkan sebagai penganggur.

Sebarang pertanyaan mengenai Perangkaan Pencari Kerja Tempatan ini bolehlah dirujuk ke JPKE dengan menghubungi talian 2230250 atau 2233344 atau layari www.depd.gov.bn.

ARTIKEL YANG SAMA