Jumlah penganggur menurun

Jumlah penganggur menurun

BANDAR SERI BEGAWAN, 16 Jun – Bilangan rakyat dan penduduk tetap berumur 18 hingga 59 tahun, yang menganggur bagi bulan April 2015 telah menurun daripada 15,081 orang pada Mac 2015 kepada 14,116 orang pada bulan April 2014.

Menurut perangkaan yang dikeluarkan oleh Jabatan Perancangan dan Kemajuan Ekonomi di sini, daripada jumlah tersebut seramai 9,498 orang (67 peratus) tinggal di Daerah Brunei Muara; 7,868 orang (56 peratus) terdiri daripada perempuan; 7,483 orang (53 peratus) berumur antara 20 hingga 29 tahun; dan 8,965 orang (64 peratus) mempunyai taraf pendidikan tertinggi di peringkat menengah.

Perangkaan pencari kerja tempatan itu disediakan secara bulanan oleh JPKE, bertujuan untuk memberikan anggaran terkini bilangan beserta profil mengenai rakyat Brunei dan penduduk tetap yang berumur di antara 18 hingga 59 tahun yang tidak mempunyai pekerjaan dan sedang aktif mencari pekerjaan, atau diistilahkan sebagai penganggur.

Sebarang pertanyaan mengenai Perang-kaan Pencari Kerja Tempatan ini bolehlah dirujuk ke JPKE dengan menghubungi talian 2230250 atau 2233344 atau melayari laman web www.depd.gov.bn.

ARTIKEL YANG SAMA