Junjung ziarah tambah kemeriahan Aidilfitri

Junjung ziarah tambah kemeriahan Aidilfitri

OIeh Salawati Haji Yahya, Siti Nur Wasimah S. & Yusrin Junaidi

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 20 Julai – Istana Nurul Iman terus dibanjiri orang ramai pada hari kedua Majlis Junjung Ziarah, hari ini, di mana kelihatan ramai warga emas turut tidak melepaskan peluang untuk berjunjung ziarah.

Wartawan Media Permata berkesempatan menemui beberapa warga emas, yang rata-ratanya meluahkan perasaan gembira kerana berpeluang menjunjung ziarah kehadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri serta kerabat diraja yang lain.

Hajah Dayang Norani binti Abdul Rahim, 69, dari Kampung Bebuloh menyatakan perasaan sangat beruntung kerana berpeluang berjunjung ziarah kehadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia setiap tahun memandangkan keadaan tubuh badan yang sihat.

“Peluang berjunjung ziarah kehadapan majlis Kebawah Duli bersama keluarga ini menambahkan lagi kemeriahan Sambutan Hari Raya tahun ini,” tambahnya.

Hajah Dayang Norani berkata peluang berjunjung ziarah bersama keluarga menambahkan lagi kemeria-han Sambutan Hari Raya tahun ini.
Hajah Dayang Norani berkata peluang berjunjung ziarah bersama keluarga menambahkan lagi kemeria-han Sambutan Hari Raya tahun ini.
Haji Mohd Daud dan isteri menyatakan perasaan gembira dengan keistimewaan yang diberikan kepada tetamu terutamanya untuk golongan warga emas.
Haji Mohd Daud dan isteri menyatakan perasaan gembira dengan keistimewaan yang diberikan kepada tetamu terutamanya untuk golongan warga emas.
Suami isteri, Haji Yusof dan Dayang Habibah memberitahu berjunjung ziarah ke Istana Nurul Iman men-jadi aktiviti tahunan mereka semasa Hari Raya Aidilfitri.
Suami isteri, Haji Yusof dan Dayang Habibah memberitahu berjunjung ziarah ke Istana Nurul Iman men-jadi aktiviti tahunan mereka semasa Hari Raya Aidilfitri.

Sementara itu, Haji Mohd Daud Bin Tarsad, 69, dari Kampung Telamba, Telisai yang datang bersama isteri, Hajah Noyah binti Haji Tinggal, berkata mengunjungi Majlis Terbuka Istana bagi berjunjung ziarah kehadapan majlis Kebawah Duli adalah untuk mengambil berkat bersalaman dengan Baginda Sultan serta kerabat diraja yang lain.

Beliau yang tiba di perkarangan istana pada jam 8 pagi, melahirkan perasaan gembira dengan keistimewaan yang diberikan kepada tetamu terutamanya untuk golongan warga emas.

Manakala itu, keluarga Hajah Megawati binti Haji Bohari, 70, turut melahirkan perasaan gembira menjunjung kasih kehadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia kerana memberi keistimewaan kepada warga emas untuk berjunjung ziarah semasa Majlis Terbuka Istana Nurul Iman.

Peluang ini tidak dilepaskan untuk menjunjung kasih kehadapan majlis Kebawah Duli atas kemudahan yang diberikan antara lain seperti pencen tua untuk warga emas.

Sementara itu, Dayang Habibah binti Julaihi, 64, dari Kuala Belait melahirkan rasa gembira kerana berpeluang bersalaman dan bersua muka dengan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri serta kerabat diraja yang lain.

Beliau datang bersama 11 ahli keluarga yang terdiri daripada anak-anak dan cucu serta suami beliau, Haji Yusof bin Haji Leece, 70, yang juga tidak melepaskan peluang sama-sama berjunjung ziarah sebagai aktiviti tahunan mereka semasa Hari Raya Aidilfitri.

“Peluang setahun sekali sebegini amat dinanti kerana ketika inilah kitani sebagai rakyat berpeluang untuk bertemu, bersua muka dan beramah mesra bersama Baginda berdua yang sangat kasih dan prihatin dalam memeduli kebajikan sekalian rakyatnya terutama sekali golongan warga emas,” ujar Haji Yusof.

Dayang Habibah berkata, “Insya Allah, jika umur panjang dan sihat tubuh badan, akan menjunjung ziarah lagi tahun depan.”

ARTIKEL YANG SAMA