Juno takluk orbit Musytari

Juno takluk orbit Musytari

MIAMI, 5 Julai – NASA meraikan kejayaan penting hari ini apabila kapal angkasa lepasnya Juno bernilai AS$1.1 bilion berjaya dilancar ke orbit sekitar Musytari pada misi untuk menyiasat asal usul sistem suria.

Makmal Pendorongan Jet NASA di Pasadena, California meledak dengan tepukan sorak gembira apabila pemerhati solar itu memasuki orbit sasaran sekitar planet terbesar di kawasan kosmos kita sekitar 11:53 malam.

“Kami berada di sana, kami di orbit. Kami menakluki Musytari,” kata Scott Bolton, penyiasat utama NASA dari Institusi Penyelidikan Barat Daya di San Antonio, Texas.

“Seperti mimpi jadi kenyataan.” Juno dilancarkan lima tahun lalu dari Cape Canaveral, Florida dan telah membuat perjalanan 2.7 bilion kilometer sejak itu.

Ketibaannya menandakan permulaan misi 20 bulan, ketika para ahli saintis berharap mengetahui lebih tentang berapa jumlah air di Musytari dan jenis terasnya untuk mengetahui bagaimana planet gas ini dan planet lain termasuklah Bumi – terbentuk berbilion-bilion tahun lalu.

“Planet mengagumkan ini yang kita lihat, bagaimana ia berfungsi, dan bagaimana ia bermula?” tanya ahli saintis projek NASA, Steve Levin.

(Dari kiri) Eksekutif program Juno NASA, Diane Brown, Scott Bolton, pengurus Projek Juno, Rick Nybakken dan pengarah jelajah angakasa Lockheed Martin semasa sidang media. - AFP
(Dari kiri) Eksekutif program Juno NASA, Diane Brown, Scott Bolton, pengurus Projek Juno, Rick Nybakken dan pengarah jelajah angakasa Lockheed Martin semasa sidang media. – AFP

“Itu adalah salah satu perkara mengagumkan tentang bekerja untuk NASA dan mengusahakan projek besar. Kita dapat menjawab soalan besar.”

Angkasa lepas dilengkapi dengan sembilan instrumen sais, termasuklah kamera, yang sebelum ke orbit telah merakamkan video tentang Musytari dan bulannya meluncur sekitarnya pada kelajuan berbeza-beza.

“Dalam sepanjang sejarah, kami tidak pernah benar-benar dapat melihat per-gerakan cakerawala pada yang lain,” kata Bolton, selepas menunjukkan video ketika sidang media selepas orbit buat pertama kalinya.

“Ini ada raja sistem suria kita dan pengikutnya berada sekitarnya,” ujarnya.

“Bagi saya, ia sangat penting. Kami akhirnya dapat melihat dengan video sebenar, dengan gambar sebenar, pergerakan ini dan kami hanya dapat membayangkannya sehinggalah hari ini.”

Kesemua peralatan tidak penting dimatikan bagi pendekatan, tetapi gambar pertama selepas orbit, dari kamera di kapal angkasa itu seharusnya tiba dalam tempoh beberapa hari,” menurut NASA.

Pusingan sulung Juno sekitar sistem solar planet paling besar – kelima dari matahari akan berjalan selama 53 hari.

Perjalanan orbit berikutnya akan lebih pendek, setiapnya kira-kira dua minggu. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA