Junta batalkan panel perbincangan HRW

Junta batalkan panel perbincangan HRW

BANGKOK, 26 Jun (dpa) – Kerajaan tentera Thailand hari ini menutup panel perbincangan kumpulan hak asasi mengenai etnik minoriti Vietnam.

Junta meminta Kelab Wartawan Asiang Thailand supaya membatalkan acara yang dihoskan oleh Human Rights Watch (HRW) yang mendakwa Vietnam melakukan penindasan ke atas minoriti Montagnard.

Acara itu boleh “merosakkan hubungan” di antara kedua-dua negara dan melemahkan “keselamatan kebangsaan,” katanya.

Panel perbincangan itu adalah bertujuan untuk menerbitkan laporan HRW yang menggariskan percubaan kerajaan komunis Vietnam untuk menindas minoriti Kristian.

“Dengan campur tangan untuk mempertahankan pelanggaran hak asasi manusia oleh Negara jiran…junta tentera Thailand ternyata melanggar dan sekali gus menghina kebebasan media,” kata HRW dalam kenyataan melalui e-mel.

ARTIKEL YANG SAMA