Junta lantik ahli draf perlembagaan

Junta lantik ahli draf perlembagaan

BANGKOK, 5 Okt (Reuters) – Kerajaan tentera Thailand, yang mengambil alih kuasa pada bulan Mei tahun lalu, telah melantik sebuah jawatankuasa untuk mendraf perlembagaan ke-20 negara itu hari ini setelah draf sebelumnya ditolak, yang menangguhkan pilihan raya yang dijanjikan sekurang-kurangnya sehingga 2017.

Badan perundangan yang dilantik oleh pihak junta menolak perlembagaan yang disokong pihak ketenteraan bulan lalu, setelah ia berdepan tentangan keras dari hampir kesemua sudut politik yang berbahagi, pada hakikatnya memberi peluang kepada pihak tentera memanjangkan pemerintahan tentera.

Perkara utama perdebatan adalah pembentukan Jawatankuasa Kebangsaan berhubung Reformasi dan Strategi Perdamaian yang akan didominasi oleh pihak tentera, yang membolehkannya menggunakan kuasa ke atas cabang eksekutif dan perundangan dalam situasi ‘krisis’ yang dengan samar ditakrifkan.

Jawatankuasa baru yang mempunyai 21 orang anggota mempunyai tempoh enam bulan untuk membentuk draf baru dan akan memerlukan kelulusan badan perundangan dan kemudian mengadakan referendum berhubung draf itu, sesuatu yang akan menangguhkan pilihan raya sekurang-kurangnya sehingga 2017, menurut timbalan Perdana Menteri Wissanu Kreangam.

ARTIKEL YANG SAMA