Junta Thai haram bekas menteri daripada politik

Junta Thai haram bekas menteri daripada politik

BANGKOK, 8 Mei (Reuters) – Badan Perundangan Thailand yang dilantik oleh pihak ketenteraan telah menegah bekas seorang menteri dari memegang jawatannya hari ini berhubung pengurusan eksport beras yang tidak berakhlak, beberapa bulan selepas bekas perdana menteri Yingluck Shinawatra didakwa kerana kecuaian berhubung skim jaminan beras.

Sejak mengambil alih kepimpinan dalam rampasan kuasa 22 Mei, pihak junta dengan aktif meneruskan kes terhadap anggota-anggota bekas pentadbiran. Ia juga menahan beratus-ratus aktivis dan ahli politik yang berkaitan dengan kerajaan Yingluck dalam tempoh beberapa minggu dan bulan ekoran pengambilan alih, kemudian membebaskan mereka.

Boonsong Teriyaphirom, menteri perdagangan dalam kerajaan Yingluck, ditegah dari berpolitik selama lima tahun oleh Dewan Perundangan Kebangsaan (NLA).

“NLA telah mengundi untuk mendakwa Boonsong Teriyaphirom,” presiden dewan itu, Pompetch Wichitcholachai berkata hari ini. Yingluck telah disingkirkan dari jawatannya beberapa hari sebelum rampasan kuasa yang menggulingkan saki baki kerajaannya.

ARTIKEL YANG SAMA