Junta Thai tertekan

Junta Thai tertekan

BANGKOK, 27 Jun (AFP) – Aktivis pada hari ini menggesa Britain supaya menyerah butir-butir mengenai penjualan bernilai berjuta dolar pengesan bom palsu kepada Thailand yang telah membawa kepada penahanan berpuluh orang tidak bersalah.

Penipu Britain Gary Bolton dipenjarakan pada tahun 2013 kerana memperoleh berjuta-juta dolar menjual GT200 – yang digelarnya sebagai “tongkat sakti” yang berupaya mengesan zarah kecil bahan letupan atau dadah beberapa ratus meter jauhnya.

Ia merupakan kotak plastik buatan sendiri dengan antena radio yang tidak berguna – dibuat dengan harga $6 tetapi dijual di antara $3,300-$13,000 setiap unit kepada kerajaan termasuk Thailand, Mexico dan Iraq.

Hari ini, Jatuporn Prompan, pemimpin gerakan pro-demokrasi “Baju Merah” di Thailand, menggesa kedutaan Britain di Bangkok supaya berkongsi butir-butir mengenai kontrak di antara firma Bolton dan pegawai kerajaan.

“Terutamanya kontrak syarikat broker yang menjual GT200 kepada kerajaan Thai dan harga mereka,” kata beliau di YouTube.

Satu siasatan rasuah telah dilancarkan mengenai sebab-sebab tentera Thai dan beberapa jabatan lain membli alat tersebut meskipun nasihat pakar telah dihentikan.

Ketua tentera Thailand pada masa itu adalah Anupong Paojinda, menteri dalam negeri sekarang dan perancang rampasan kuasa 2014 yang mengembalikan semula kuasa tentera, mengguling wira Kemeja Merah Yingluck Shinawatra. Anupong berkali-kali mempertahankan penggunaan pengesan palsu itu walaupun ujian menimbulkan keraguan yang serius mengenai keberkesanannya.

ARTIKEL YANG SAMA