Junta Thai umum ‘orang yang berpengaruh’ rasuah

Junta Thai umum ‘orang yang berpengaruh’ rasuah

BANGKOK, 9 Mac (AFP) – Junta tentera Thailand mengarahkan penahanan baru 6,000 ‘orang berpengaruh’ dalam rasuah hari ini, langkah terbaru dari rejim itu yang digambarkan pendirian anti rasuah yang ketat, tetapi dengan kejayaan terhad.

Negara itu dikenali bagi pegawai –pegawainya yang dicemari rasuah, mafia bawah tanah dan rangkaian naungan tidak jujur, sesuatu yang diikrarkan junta memerintah untuk ditangani, walaupun tentera sudah lama didakwa dengan dakwaan seperti itu.

Pegawai – pegawai perisikan di seluruh negara itu sekarang menghimpunkan sekitar 6,000 ‘orang berpengaruh’, frasa yang digunakan Thailand bagi menggambarkan bos –bos mafia dan tokoh berkuasa lain dalam menangani perdagangan tidak sah.

Senarai hitam itu, yang melibatkan pegawai –pegawai kerajaan dan keselamatan, disyaki membantu berbagai sindiket jenayah, timbalan perdana menteri, Jeneral Prawit Wongduwon memberitahu wartawan hari ini, tanpa memberikan maklumat terperinci mengenai jenayah itu.

‘Terdapat 6,000 orang dalam rangkaian ini, sebahagiannya adalah pegawai kerajaan,’ katanya, yang menambah kata, tindakan tegas itu akan diselesaikan dua bulan depan. Jeneral tersebut mendapatkan kuasa dalam rampasan kuasa pada 2014 berusaha untuk menggilapkan reputasi sebagai pencegah jenayah, menyebarkan tindakan tegas ke atas segalanya yang hanya seketika dari sindiket perjudian sehingga kepada pemandu yang mabuk.

Rejim itu juga menekan kebebasan bersuara, menahan berpuluh penentang politik dan mengetepikan sekutu kerajaan yang digulingkannya. Tetapi Prawit menekankan bahawa tindakan tegas terbaru ke atas ‘pengaruh’ ditujukan kepada penjenayah, bukan pengkritik. “Tindakan tegas itu tidak menumpukan ke atas kumpulan tertntu ahli politik,” katanya.