Jurugambar lagenda meninggal dunia

Jurugambar lagenda meninggal dunia

NEW YORK, 26 Jun (AFP) – Jurugambar lagenda New York Times, Bill Cunningham, 87 tahun, meninggal dunia semalam, menurut akhbar di mana beliau bekerja selama hampir 40 tahun.

Cunningham, yang membawa imej New York kepada orang ramai itu telah dimasukkan ke hospital baru-baru ini selepas mengalami strok, Times melaporkan.

Bill Cunningham merubah konsep fotografi fesyen menjadi salah satu cabang antropologi budaya di New York.

Mencatatkan kisah fesyen yang sentiasa berubah untuk The New York Times, dia melatih lensa kameranya untuk merakam suasana sosial New York dan apa yang dipakai oleh orang-orang di jalanan.

Dia mudah dikenali dengan memakai jaket utiliti biru, seluar khaki dan sneakers hitam.

Gambar fail yang diambil pada 11 November 2011 menunjukkan jurugambar Bill Cun-ningham ketika mengambil gambar dalam satu acara di di New York. Bill Cunningham meninggal dunia semalam, menurut akhbar di mana beliau bekerja selama hampir 40 tahun. – AP
Gambar fail yang diambil pada 11 November 2011 menunjukkan jurugambar Bill Cun-ningham ketika mengambil gambar dalam satu acara di di New York. Bill Cunningham meninggal dunia semalam, menurut akhbar di mana beliau bekerja selama hampir 40 tahun. – AP

Di tangannya tidak lekang kamera 35 milimeter tersangkut kemas di lehernya sambil menunggang basikal sekitar New York.

Cunningham telah bekerja untuk The Times hampir 40 tahun dan telah merubah konsep fotografi fesyen dari formaliti ke sesuatu yang lebih individualistik.

Dalam dokumentari 2010 mengenai Cunningham, Anna Wintour – penyunting American Vogue dan salah satu daripada jurugambar – kagum dengan keupayaannya untuk “melihat sesuatu, di jalan atau di landasan, yang benar-benar tidak dapat dilihat oleh kita dan dalam tempoh enam bulan, ia akan menjadi trend! “

Frank Rich, bekas kolumnis dan eksekutif pengeluar New York Times siri

HBO “Veep,” dalam tweetnya: “Bill Cunningham seorang yang menarik dan rakan sekerja, berpikiran bebas, baik hati.. “