Jurukamera TV Kemboja mati akibat H1N1

Jurukamera TV Kemboja mati akibat H1N1

PHNOM PENH, 24 Feb (Bernama) – Seorang jurukamera TV Kemboja meninggal dunia pada awal hari kelmarin selepas dijangkiti virus selesema H1N1, juga dikenali sebagai selesema khinzir, kata jurucakap Kementerian Kesihatan mengesahkan.

“Beliau meninggal dunia pada jam 04:00 pagi waktu tempatan, walaupun doktor telah mencuba yang terbaik untuk menyelamatkan dia,” Ly Sovann berkata kepada agensi berita Xinhua China, sambil menambah bahawa keadaan pesakit itu menjadi teruk apabila dia juga mengalami pneumonia.

“Ia adalah kematian pertama akibat virus H1N1 sejak 2010,” katanya.

Khun No, 30, jurukamera bagi Rangkaian Televisyen Kemboja (CTN), diuji positif virus itu pada hari Sabtu lalu dan menerima rawatan di Hospital Persahabatan Khmer-Soviet di Phnom Penh sebelum kematiannya.