Jurulatih baru untuk Nadal

Jurulatih baru untuk Nadal

BEIJING, 5 Okt (AFP) – Mentor sepanjang hayat Rafael Nadal, pakciknya Toni, membukakan pintu untuk mengambil ‘jurulatih super’ jika pemenang Grand Slam 14 kali itu gagal untuk kembali kuat musim depan.

Toni Nadal berkata pemain berusia 29 tahun itu perlu mempertimbangkan mengikuti jejak Novak Djokovic, Roger Federer dan lain-lain pemain dengan membawa mentor bintang jika dia tidak kembali kuat dalam masa terdekat.

Panggilan untuk Nadal meninggalkan Toni datang selepas dia tersingkir di Terbuka Perancis, kejohanan yang dia menangi sembilan kali, dan Wimbledon ketika mainan suramnya tahun ini.

“Saya berasa anda perlu bertanya Rafael,” katanya di Terbuka China di Beijing, apabila ditanya AFP jika Nadal perlu mempertimbangkan mentor baru.

“Namun kami punyai satu kumpulan dan saya jurulatih Rafael untuk selama-lamanya, sejak Rafael berusia tiga tahun… dan semua hal selalu baik buat kami.

Toni Nadal ketika ditemu bual mengenai masa depan anak buahnya. – AFP
Toni Nadal ketika ditemu bual mengenai masa depan anak buahnya. – AFP

“Ia benar tahun ini dia menurun sedikit, tapi saya percaya kebangkitan semula Rafael akan datang segera.

“Jika tahun depan Rafael tidak bermain dengan begitu baik, lepas itu saya rasa dia boleh fikir mengenai beberapa perubahan dalam permainannya atau dalam pasukannya.”

Novak Djokovic telah berkembang sejak menambah Boris Becker ke pasukannya, memenangi tiga gelaran Grand Slam tahun ini, sementara Roger Federer, 34, menikmati musim panas India di bawah Stefan Edberg.

Pemain Britain Andy Murray mempelopori trend itu apabila dia mengupah Ivan Lendl sebagai jurulatihnya, yang mana merupakan langkah mengejut ketika itu namun menolongnya memenangi dua gelaran Grand Slam dan satu pingat emas Olimpik.

Tetapi pasukan Nadal sentiasa luar bias bersama Toni, walaupun kekurangan kelayakan apabila mereka bermula, telah menempa kerjaya yang mana membuatnya salah seorang jurulatih paling berjaya dalam sejarah tenis.

Selepas John McEnroe menyemarakkan debat mengenai pasukan Nadal, Djokovic tampil mempertahankan Toni.

“Saya tidak melihat adanya sebab besar untuk ini terjadi. Saya berasa dia (Nadal) boleh menjawab dengan lebih baik. Tetapi dari apa yang saya lihat, dia mengatakan ia adalah tidak perlu,” pemain Serbia itu berkata di Wimbledon.

“Dia telah memenangi 14 gelaran Grand Slam. Dia salah seorang pemain terbaik dalam permainan bersama pakciknya Toni yang telah bersama di sepanjang kerjayanya.”

Nadal sendiri mendesak dia berupaya untuk bangkit semula, dan menggunakan pertandingan-pertandingan akhir tahun bermula di Beijing ini sebagai ‘latihan’ untuk musim depan.

ARTIKEL YANG SAMA