Jurulatih China letak jawatan

Jurulatih China letak jawatan

TASHKENT, 12 Okt – Gao Hongbo meletak jawatan sebagai jurulatih skuad bola sepak kebangsaan China selepas pasukannya tewas 0-2 di tangan Uzbekistan untuk kekalahan yang hampir pasti menamatkan harapan mereka untuk layak secara automatik ke Piala Dunia 2018.

“Saya akan meninggalkan pasukan kerana kesihatan kurang baik,” Gao memberitahu sidang media selepas menentang Uzbekistan.

Tetapi beliau mengakui membincangkan masa depannya dengan bos Persatuan Bola Sepak China sebelum perlawanan, menurut laman web Persekutuan Bola Sepak Asia.

“Kami bersetuju jika tidak mencapai keputusan positif menentang Uzbekistan, saya akan meletak jawatan,” beliau dipetik sebagai berkata. “Hasil daripada kekalahan ini, saya mengakhiri masa saya membimbing pasukan kebangsaan China.”

Bekas penyerang pasukan kebangsaan itu yang sebelum ini menguruskan pasukan negaranya dari 2009-11 dan dilantik semula pada Februari, apabila warga Perancis Alain Perrin dipecat selepas seri dengan Hong Kong.

Di bawah Gao, China melangkah ke pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia, tetapi dimalukan di laman sendiri oleh Syria minggu lalu dan mata tunggal mereka setakat ini hanya hasil seri 0-0 dengan Iran. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA