Jurulatih Costa Rica letak jawatan

Jurulatih Costa Rica letak jawatan

SAN JOSE, Costa Rica, 13 Ogos – Jurulatih Costa Rica, Paulo Wanchope meletakkan jawatan selepas terbabit pergaduhan dengan pengawal keselamatan sejurus tamat perlawanan kelayakan Olimpik 2016 menentang Panama.

Wanchope yang menyaksikan aksi skuad bawah 23 tahun kedua-dua negara di Panama City Selasa lalu, dilihat menerusi rakaman video bertumbuk selepas ditolak seorang lelaki.

“Selepas perbincangan membabitkan Paulo Cesar Wanchope dan persekutuan (pegawai rasmi), Wanchope memutuskan untuk melepaskan jawatannya sebagai jurulatih pasukan kebangsaan,” kata Persekutuan Bola Sepak Costa Rica. Bekas pemain Manchester City, West Ham dan Derby Country itu meminta maaf kepada peminat Costa Rica dan Panama atas sikapnya.

Katanya, dia hilang pertimbangan apabila dihalang memasuki padang selepas perlawanan yang berakhir dengan keputusan 0-0 Wanchope mula mengendalikan skuad kebangsaan Costa Rica pada Februari lalu. Pada Piala Dunia 2015 di Brazil yang menyaksikan Costa Rica layak ke peringkat suku akhir, Wanchope adalah pembantu kepada jurulatih, Jorge Luis Pinto. – AFP

Wanchope  (kanan) bergelut dengan seorang pengawal keselamatan semasa aksi kelayakan Olimpik di Stadium Maracana, Panama 11 Ogos lalu. – Reuters
Wanchope (kanan) bergelut dengan seorang pengawal keselamatan semasa aksi kelayakan Olimpik di Stadium Maracana, Panama 11 Ogos lalu. – Reuters