Jurulatih Korea Selatan kecam Syria

Jurulatih Korea Selatan kecam Syria

SEOUL, 8 Sept – Jurulatih Korea Selatan Uli Stielike mengecam sikap ‘anti-bola sepak’ Syria dan mempersoalkan sama ada mereka berhak untuk menyertai Piala Dunia selepas kejutan seri 0-0 pada aksi kelayakan.

Stielike berkata Syria terang-terangan bersala membuang masa semasa perlawanan di Malaysia kelmarin.

“Sebelum perlawanan, saya memberitahu pemain mengenai lawan membuang masa,” kata Stielike, menurut agensi berita Yonhap Korea Selatan.

“Walaupun mereka membuang masa 15 minit, hanya enam minit masa kecederaan yang diberikan kepada kita dan itulah puncanya mengapa pasukan seperti Syria bertindak membuang masa.”

Bekas midfield Jerman dan Real Madrid itu juga menggesa Persekutuan Bola Sepak Asia (AFC) untuk menimbang bagaimana pasukan bermain apabila membuat keputusan untuk slot Piala Dunia.

“AFC perlu memikirkan sama ada pasukan yang agresif dan berbakat secara teknikal atau mereka yang ‘anti-bola sepak’ perlu pergi ke Piala Dunia,” katanya.

Korea Selatan kini berada di tangga ketiga Kumpulan A, dua mata di belakang pendahulu Uzbekistan, dalam perlumbaan untuk Piala Dunia Rusia 2018 selepas tewas di Seremban.

Dua pasukan teratas akan mara ke Piala Dunia dan pasukan tempat ketiga akan bersaing dalam play-off.

Stielike menegaskan beliau tidak mempunyai alasan di atas kegagalan Korea Selatan untuk menang tetapi berkata mereka sepatutnya mampu untuk menjaringkan gol tanpa mengira taktik Syria.

“Ini bukan satu pentas untuk membuat alasan bahawa kita seri kerana taktik membuang masa lawan,” katanya.

“Dalam usaha untuk mengalahkan pasukan seperti ini, kita perlu menjaringkan gol, tetapi kami tidak. Dan itulah kesalahan kami.”

Dalam perlawanan kelmarin, Jepun berjaya membenam Thailand 2-0 untuk menghidupkan harapan Piala Dunia mereka. – AFP