Jurulatih Mexico dipecat

Jurulatih Mexico dipecat

MEXICO CITY, 29 Julai (AFP) – Jurulatih bola sepak kebangsaan Mexico, Miguel Herrera dipecat, sehari selepas menumbuk seorang wartawan di lapangan terbang Philadelphia, Presiden Persekutuan Bola Sepak Mexico (FMF), Decio de Maria mengumumkan semalam.

Wartawan sukan dari stesen televisyen Azteca, Christian Martinoli, itu berkata Herrera cuba mengugut serta menumbuk di lehernya ketika di lapangan terbang berkenaan.

Ketika kejadian, pasukan bola sepak Mexico sedang dalam perjalanan pulang sehari selepas memenangi Piala Emas CONCACAF.

Semalam Herrera menafikan dirinya menumbuk Martinoli di Lapangan Terbang Philadelphia, sehari selepas negaranya menjulang trofi Piala Emas CONCACAF.

Mexico mencatat kemenangan 3-1 ke atas Jamaica di pentas final sekali gus membawa pulang gelaran ketujuh kejohanan dwitahunan itu.

FMF memecat Herrera kerana gagal mengawal kemarahan. - AFP
FMF memecat Herrera kerana gagal mengawal kemarahan. – AFP

Martinoli memberitahu media AS Mexico yang dia berlari ke skuad bola sepak Mexico selepas mendapat kebenaran pegawai keselamatan di lapangan terbang.

Wartawan berkenaan yang terkenal dengan laporan kritikan terhadap Herrera sepanjang kempen Piala Emas CONCACAF sebelum pasukan kebangsaan Mexico menjulang kejuaraan mendakwa jurulatih terbabit menumbuknya di leher selepas mengancamnya di garisan keselamatan lapangan terbang.

“Dia mengancam saya, dia mencabar saya untuk berlawan dan dia memberitahu saya “ini yang akan berlaku setiap kali saya melihat kamu’,” kata Martinoli.

Herrera begitupun menolak dakwaan Martinoli namun mengakui hanya menolaknya. “Saya menolaknya,” kata Herrera kepada akhbar El Universal.

“Kami berbalah dan saya menolaknya.” Ketika mengulas dakwaan itu kepada rangkaian televisyen Televisa, Herrera sekali lagi menafikan dirinya menumbuk Martinoli. “Saya bukannya bodoh,” katanya.

Mexico akan berdepan pasukan Amerika Syarikat Oktober ini bagi merebut tempat sebagai wakil CONCACAF untuk beraksi dalam Piala Konfederasi 2017 di Rusia.

ARTIKEL YANG SAMA