Jurulatih Mexico naik angin

Jurulatih Mexico naik angin

VINA DEL MAR, Chile, 14 Jun (AFP) – Jurulatih Mexico, Miguel Herrera kecewa dan berang terhadap pasukannya yang gagal menewaskan pasukan lebih kecil, Bolivia dalam perlawanan Copa America, semalam yang menyaksikan mereka seri tanpa jaringan.

Herrera menggelar keputusan 0-0 itu sebagai ‘pil yang pahit’. Tetapi dia bernasib baik apabila pasukannya tidak dibolosi gol selepas perlawanan yang menyaksikan Chile mendahului Kumpulan A dengan kemenangan 2-0 kepada Ecuador pada hari pembukaan kejohanan Amerika Selatan itu.

Herrera mengatakan pasukannya – lemah selepas beberapa pemain bintang seperti Javier ‘Chicharito’ Hernandez, Carlos Vela dan Giovani dos Santos – tidak beraksi bersama pasukan sekali gus gagal mengatasi Bolivians yang berada di ranking 89 dunia.

Pemain paling efektif Dia juga berang dengan pengadil Paraguay, Enrique Caceres kerana tidak menghadiahkan penalti apabila Javier Aquino, pemain paling efektif, dijatuhkan pada minit ke-79.

Herrera membawa skuad yang lemah ke Copa America apabila dia mahu menyimpan tenaga bagi Piala Emas di Amerika Syarikat bulan depan.

Tetapi dia menegaskan Mexico yang berada di ranking 29 FIFA, berada di Chile untuk memenangi perlawanan.

Bolivia kelihatan goyah apabila beraksi di bawah tekanan tetapi mengejutkan lawan mereka apabila melakukan serang balas dan mencipta tiga peluang pada babak pertama.

Herrera jelas marah dengan pasukannya pada babak kedua apabila Mexico tidak mempamer persembahan cemerlang pada babak kedua.

ARTIKEL YANG SAMA