Jurulatih Mexico tolak dakwaan tumbuk wartawan

Jurulatih Mexico tolak dakwaan tumbuk wartawan

MEXICO CITY, 28 Julai (AFP) – Jurulatih Mexico, Miguel Herrera menafikan dirinya menumbuk seorang wartawan di Lapangan Terbang Philadelphia, AS, sehari selepas negaranya menjulang trofi Piala Emas CONCACAF.

Mexico mencatat kemenangan 3-1 ke atas Jamaica di pentas final sekali gus membawa pulang gelaran ketujuh kejohanan dwitahunan itu.

Wartawan TV Azteca, Christian Martinoli memberitahu media AS Mexico yang dia berlari ke skuad bola sepak Mexico selepas mendapat kebenaran pegawai keselamatan di lapangan terbang.

Martinoli yang terkenal dengan laporan kritikan terhadap Herrera sepanjang kempen Piala Emas CONCACAF sebelum Mexico menjulang kejuaraan mendakwa jurulatih terbabit menumbuknya di leher selepas mengancamnya di garisan keselamatan.

Miguel Herrera menafikan dirinya bertindak ganas terhadap seorang wartawan di Lapangan Terbang Philadelphia. – Reuters
Miguel Herrera menafikan dirinya bertindak ganas terhadap seorang wartawan di Lapangan Terbang Philadelphia. – Reuters

“Dia mengancam saya, dia mencabar saya untuk berlawan dan dia memberitahu saya “ini yang akan berlaku setiap kali saya melihat kamu’,” kata Martinoli.

Herrera begitupun menolak dakwaan Martinoli namun mengakui hanya menolaknya.

“Saya menolaknya,” kata Herrera kepada akhbar El Universal. “Kami berbalah dan saya menolaknya.”

Ketika mengulas dakwaan itu kepada rangkaian televisyen Televisa, Herrera sekali lagi menafikan dirinya menumbuk Martinoli. “Saya bukannya bodoh,” katanya.