Jurulatih Schalke berdepan pemecatan

Jurulatih Schalke berdepan pemecatan

BERLIN, 20 Sept – Jurulatih Schalke Markus Weinzierl di bawah tekanan menggunung menjelang pertempuran saingan Bundesliga di tempat sendiri di Cologne selepas menjadi jurulatih pertama Royal Blues untuk tewas tiga perlawanan pembukaan liga berturut-turut.

Dengan pasukannya kini di tangga kedua dari bawah, Schalke menghoskan Cologne di Gelsenkirchen terdesak untuk meraih mata berikutan kekalahan terhadap pasukan Eintracht Fankfurt, Bayern Munich dan Hertha Berlin, yang menewaskan mereka 2-0 Ahad lepas.

Permulaan bersejarah dalam musim ini, Schalke belum pernah tewas tiga perlawanan pembukaan mereka.

Penyerang Switzeland Breel Embola, 19, ditandatangani dari Basel bagi 22 juta euro (AS$24.5 juta), pemain pertahanan Abdul Rahman Baba bermain dalam pinjaman dari Chelsea sementara pemain tengah Max Mayer bermain di Rio de Janeiro, mempamerkan aksi menarik apabila menerajui Jerman memenangi pingat perak Olimpik.

Winzierl diperoleh dari kelab Augsburg dan pengarah sukan baru Christian Heidel direkrut dari Mainz.

Markus Weinzierl mungkin berdepan pemecatan berikutan rekod buruk Schalke pada permulaan musim ini. – AP
Markus Weinzierl mungkin berdepan pemecatan berikutan rekod buruk Schalke pada permulaan musim ini. – AP

Namun mereka mempunyai permulaan yang buruk.

Schalke memenangi perlawanan pembukaan Liga Europa mereka Khamis lepas dengan kemenangan 1-0 di Nice,namun pasukan Royal Blues itu begitu bergelut dengan saingan liga perdana Jerman.

“Kini kami akan berdepan Cologne di bawah tekanan yang lebih tinggi dan perlu mengubah kedudukan,” ujar Heidel.

“Kata-kata pergolakan kini dijalankan oleh media, seperti biasa di Schalke dan kami perlu berdepannya.

“Secara dalam, tiada pergolakan di sini.”

Namun skuad Schalke resah berikutan keputusan-keputusan baru-baru ini.

“Saya tidak cukup tidur,” ujar pemain tengah Leon Goretzka pada Isni selepas kekalahan di Berlin.

“Tidak ada makna untuk menutup malu.”

Pemain pertahanan Jerman Benedikt Hoewedes berkata kepada penyokong Schalke selepas kekalahan di Hertha dan mendapat beberapa sokongan.

“Saya memberitahu mereka kami tidak bermain dengan baik, namun kita semua perlu bertenang,” ujar kapten Schalke itu.

“Itulah satu-satunya jalan kita keluar dalam masalah ini bersama.”

Heidel memuji reaksi para penyokong di Stadium Olimpik Berlin, “terima kasih, ia boleh sahaja menjadi sebaliknya,” namun dia tahun hanya kemenangan terhadap Cologne dapat mengurangkan ketegangan yang meningkat. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA