‘Jururawat IS’ kena reman di Australia

‘Jururawat IS’ kena reman di Australia

MELBOURNE, 27 Julai (AFP) – Seorang jururawat warga Australia yang dikatakan menyertai kumpulan Negara Islam (IS) di Syria, hari ini ditahan reman atas tuduhan keganasan berkaitan melakukan tugas pengawal dan pengintipan bagi kumpulan militan.

Adam Brookman, 39 tahun, ayah kepada lima orang anak, dituduh dengan secara sedar memberi bantuan kepada IS antara April 2010 dan Ogos 2014 untuk membantu “menyediakan atau menggalakkan” tindakan pengganas

Ikat jamin tidak dipohon dan dia ditahan reman sehingga 16 November.

Brookman dengan sukarela kembali ke tanah air lewat Jumaat lalu dari negara yang dicengkam peperangan itu selepas menyerah diri kepada para pegawai di Turki minggu lalu.

Sebelum ketibaannya di Australia, dia didakwa berkata kepada Farifax India bahawa dia menjalankan kerja kemanusiaan di Syria dan dipaksa menyertai IS selepas mengalami kecederaan dan dihantar ke wilayah yang dikuasainya.

Adam Brookman.
Adam Brookman.

Dengan sedar memberi bantuan kepada pertubuhan pengganas boleh membawa kepada hukuman penjara maksimum 25 tahun.

Brookman juga berdepan hukuman penjara hingga 10 tahun bagi dakwaan kedua memberi perkhidmatan dengan niat membantu seseorang atau orang, untuk terlibat dalam kegiatan perseteruan di negara luar.

Pihak pendakwa memohon masa tambahan kepada Mahkamah Majistret Melbourne, untuk mengumpul bukti dari luar biasa, manakala peguam bela Rob Stary mengatakan anak guamnya bukan risiko kepada orang awam.

Kerajaan Australia telah menegaskan bahawa sesiapa yang didapati terlibat dalam kegiatan pengganas akan berdepan dengan kekerasan penuh undang-undang, dengan retorik Canberra ditingkatkan beberapa bulan kebelakangan ini.

Ia wujud ketika kebimbangan meningkat tentang bilangan warga Australia yang berjuang bersama kumpulan jihad dan bimbang dengan ancaman di tanah air dari individu-individu radikal.

Kerajaan berkata kira-kira 120 orang warga Australia telah pergi berjuang di Iraq atau Syria dengan 160 orang aktif menyokong pertubuhan pengganas di tanah air menerusi pembiayaan dan perekrutan.

ARTIKEL YANG SAMA