Jururawat Itali, pembunuh bersiri ditangkap

Jururawat Itali, pembunuh bersiri ditangkap

ROM, 31 Mac (Reuters) – Seorang jururawat Itali berusia 55 tahun telah ditangkap kerana disyaki membunuh 13 pesakit warga emas dalam unit rawatan penjagaan rapi di tempat dia bekerja selama berdekad-dekad, menurut polis hari ini.

‘Pembunuh wad hospital’, gelaran yang polis beri kepadanya, memberi dos ubat pencair darah ke dalam titisan intravena mangsa. Seramai 12 orang maut akibat pendarahan dalaman dan seorang mengalami serangan jantung, kata polis.

Mereka tidak mengenal pasti suspek, yang bekerja di hospital Piombino, sebuah bandar di pantai Tuscan. Pembunuhan itu dipercayai dilakukan pada 2014 dan 2015, walaupun dia bekerja di sana selama bertahun-tahun sebelumnya.

Beberapa mangsa, lelaki dan wanita berusia antara 61 dan 88 tahun, didapati diberikan 10 kali dos normal ubat Heparin dalam aliran darah mereka walaupun mereka tidak menentukannya.

Suspek berkenaan adalah satu-satunya anggota kakitangan hospital itu apabila semua 13 kematian yang disyaki berlaku, kata polis komander Carabinieri, Gennero Rirrcardi memberitahu para wartawan.

Apabila dia menjadi suspek dan telah dipindahkan keluar dari unit rawatan rapi pada Oktober tahun lepas, kadar kematian daripada wad jatuh dari 20 peratus kepada 12 peratus, ujarnya.

“Kami belum mengetahui apa motifnya sebenar,” kata Riccardi. “Namun suspek mengalami kemurungan.” Dia telah menerima rawatan psikologi selama bertahun lamanya, tambahnya.

Polis menahan wanita berkenaan lewat Rabu apabila dia kembali daripada bercuti bersama suaminya. Keluarga mangsa belum lagi diberitahu yang ahli saudara mereka telah dibunuh, kata polis.

Menteri Kesihatan, Beatrice Lorenzin mengelar kes itu ‘menyeramkan, keji’ dalam satu kenyataan yang dikatakannya: “Ia bukan pertama kali jururawat telah ditemui menjadi pembunuh bersiri.”

ARTIKEL YANG SAMA