Jurutera Mercedes tidak akan sertai Ferrari

Jurutera Mercedes tidak akan sertai Ferrari

LONDON, 9 Dis – Seorang jurutera Mercedes yang telah dituduh oleh juara dunia Formula Satu atas kesalahan mencuri data tidak akan menyertai Ferrari dan tidak pernah mempunyai kontrak dengan mereka, pasukan Itali itu memberitahu hari ini.

“Terdapat beberapa rundingan namun tiada yang membawa kepada kontrak rasmi. Dia tidak akan menyertai kami dalam masa hadapan,” seorang jurucakap berkata.

“Ia tidak benar dia di ambang menyertai kami. Apa yang dilakukannya hanya melibatkan dirinya dan syarikat dengan dia bekerja itu,” tambahnya. “Kami tidak terlibat dalam hal ini.”

Mercedes, pasukan yang lebih dominan di Formula Satu sejak dua musim kebelakangan, mengesahkan kelmarin bahawa mereka mengambil tindakan terhadap seorang jurutera kanan yang mengambil maklumat rahsia teknikal daripada mereka.

Dokumen-dokumen mahkamah menyatakan bahawa Benjamin Hoyle berhasrat untuk menyertai Ferrari.

“Tindakan undang-undang sedang dilaksanakan melibatkan Mercedes AMG High Performance Powertrains (HPP) Limited dan seorang pekerja yang akan meninggalkan syarikat itu pada penghujung tahun ini,” seorang jurucakap pasukan Mercedes telah berkata.

“Syarikat itu telah mengambil langkah undang-undang yang sesuai untuk melindungi harta intelektualnya.”

HPP mereka, membina dan membekal unit-unit kuasa pasukan itu. – Reuters

ARTIKEL YANG SAMA