Juruterbang akrobatik wanita China maut

Juruterbang akrobatik wanita China maut

BEIJING, 14 Nov – Wanita pertama yang menerbangkan jet pejuang J-10 China terbunuh dalam nahas ketika latihan aerobatik, lapor media kerajaan hari ini.

Yu Xu, 30 tahun, anggota pasukan persembahan aerobatik “August Ist” angkatan tentera udara China, melentingkan dirinya dari jet pejuangnya ketika dalam satu latihan di wilayah utara Hebei pada hujung minggu lalu, lapor akhbar China Daily.

Dia terkena sayap jet pejuang lain dan terbunuh, lapornya, meskipun juruterbang bersamanya melentingkan diri dan terselamat.

“Sebagai salah seorang dari empat orang juruterbang wanita di negara itu yang mampu menerbangkan jet pejuang tempatan, kematiannya adalah satu kehilangan besar bagi angkatan tentera udara China,” lapor akhbar Global Times.

ARTIKEL YANG SAMA