Juruterbang belon udara ditahan

Juruterbang belon udara ditahan

LOCKHART, Texas, 1 Ogos – Juruterbang belon udara panas yang terhempas di Texas dan membunuh kesemua 16 orang telah ditahan di Missouri kerana memandu ketika mabuk pada 2000, kata polis, dan Biro Perniagaan Lebih Baik di sana telah mengingatkan pengguna supaya jangan mengadakan urus niaga dengannya selepas aduan mengenai syarikat perjalanan belonnya.

Alfred ‘Skip’ Nichols, 49, dikenal pasti sebagai juruterbang oleh kawan dan teman sebilik Alan Lirette, yang berkata Nicholas adalah seorang juruterbang yang baik.

“Itulah yang ingin saya katakan, bahawa dia adalah seorang juruterbang hebat,” kata Lirette, bercakap kepada AFP daripada sebuah rumah yang dikongsi bersama Nichols di Kyle, Texas.

‘Pelbagai laporan akan disiarkan dalam akhbar dan saya mahu satu imej positif di sana juga.”

Penyiasat persekutuan berkata belon, yang dikendalikan oleh Heart of Texas Hot Air Balloon Rides, terkena talian elektrik sebelum terhempas ke sebuah padang rumput ternak di Texas Tengah pada awal pagi Sabtu.

Seorang saksi yang tinggal satu suku batu dari tapak kejadian, Margaret Wylie, berkata dia terdengar bunyi pop dan melihat apa yang kelihatan seperti “bola api menjulang naik.”

Pihak berkuasa masih belum menamakan Nichols atau mangsa nahas. Mereka berkata pengenalpastian mayat mungkin mengambil masa yang lama.

Terdapat laporan cuaca berkabut di kawasan itu sekitar masa penerbangan.

Sekurang-kurangnya dua penumpang, Matt Rowan dan isteri Sunday Rowan, menyiar gambar di media sosial tentang persediaan, pada awal subuh dan mereka sendiri dalam bakul belon sejurus sebelum nahas. – AP