Juruterbang China diberi amaran

Juruterbang China diberi amaran

BEIJING, 4 Feb – Juruterbang syarikat penerbangan China telah diberi amaran untuk menjauhkan diri kancah pelacuran, berjudi dan minum menjelang cuti Tahun Baru Cina tahun ini, ia adalah sebahagian daripada kempen untuk mengukuhkan rekod keselamatan udara negara.

China telah mengalami beberapa kemalangan sejak awal tahun 2000, oleh itu beberapa peraturan keselamatan diperketatkan, latihan yang lebih baik dibuat.

Juruterbang China dipuji untuk terbang selama 8.46 juta jam tahun lepas, Persatuan Juruterbang Syarikat Penerbangan China menyatakan dalam kenyataan terbuka bahawa jumlah yang ‘sangat sedikit’ bagi juruterbang yang mementingkan diri sendiri atau hedonistik.

Persatuan itu berkata, bagaimanapun, beberapa juruterbang terlibat dengan aktiviti pelacuran, judi, mabuk semasa memandu dan juga penyeludupan. Tingkah laku itu ‘sangat mencabar garis peraturan undang-undang dan moral”, katanya tanpa menamakan mana-mana juruterbang.

Penyataan terbuka itu disiarkan di sebuah laman web penerbangan China lewat kelmarin.

Penerbitan ini muncul dengan hanya beberapa hari menjelang cuti Tahun Baru Cina apabila berjuta-juta penduduk membuat perjalanan ke wilayah asal mereka atau di luar negara dan ia juga bertujuan untuk memastikan juruterbang mengekalkan kepatuhan mereka dalam keselamatan, kata pemerhati industri. – Reuters

ARTIKEL YANG SAMA