Juruterbang ditahan disyaki di bawah pengaruh alkohol

Juruterbang ditahan disyaki di bawah pengaruh alkohol

LONDON, 19 Julai – Pihak berkuasa berkata dua juruterbang pesawat penerbangan komersial telah ditangkap di Lapangan Terbang Glasgow kerana disyaki berada di bawah pengaruh alkohol, sejurus sebelum mereka hendak berlepas dalam penerbangan rentas Atlantik.

Pesawat penerbangan Kanada, Air Transat berkata dua anggota kru itu telah ditangkap sebelum penerbangan ke Glasgow ke Toronto kelmarin.

Polis Scotland berkata lelaki berkenaan, berusia 37 dan 39 tahun, dijangka akan dibicarakan di mahkamah hari ini, dengan dakwaan ‘dijejaskan akibat alkohol’.

Syarikat penerbangan itu berkata para penumpang telah diberi penginapan di hotel dan akan diterbangkan ke Toronto hari ini.

Air Transat menjalankan penerbangan carter dan berjadual antara Kanada dan beberapa destinasi Eropah dan Caribbean. Syarikat itu mengatakan ia akan ‘menunggu keputusan siasatan dan prosiding kehakiman’ sebelum mengulas lebih lanjut. – AP

ARTIKEL YANG SAMA