Juruterbang jet pejuang diselamatkan

Juruterbang jet pejuang diselamatkan

HANOI, 15 Jun (dpa) – Nelayan di tengah Vietnam telah menyelamatkan seorang daripada dua juruterbang awal hari ini, sehari selepas jet pejuang mereka terhempas di laut, kata pegawai.

Nguyen Huu Cuong telah ditemui terapung di laut oleh kapal nelayan, kata Tran Dinh Sau dari Jawatankuasa Penyelamat dan Mencari Kebangsaan.

“Kesihatan juruterbang itu dalam keadaan yang baik dan kami sedang mencari mangsa lain,” ujarnya kepada dpa.

Cuong, 39, telah diselamatkan kira-kira 60km dari pantai wilayah Thanh Hoa, lapor akhbar Thanh Nien, memetik Kolonel Pham Van Ty, timbalan ketua Agensi Pencari dan Penyelamat Tentera.

Cuong bercakap dengan agensi menerusi telefon selepas dia diselamatkan, kata Ty. Dia mengesahkan juruterbang lain juga melentingkan diri dengan selamat, dan jatuh di lautan dari segi pandangan Cuong apabila mereka mendarat.

Jet Su30-MK2 buatan Rusia putus hubungan dengan kawalan lalu lintas udara pada Selasa jam 8:15 pagi (0115 GMT) di tengah wilayah Nghe An.