Juruterbang kritikal jatuh ke jurang glasier

Juruterbang kritikal jatuh ke jurang glasier

SYDNEY, 12 Jan (AFP) – Seorang juruterbang helikopter hari ini berada dalam keadaan kritikal selepas menjunam turun 20 meter ke jurang glasier apabila beliau mendarat di pentas ais terpencil di Antartika, kata pegawai.

Juruterbang itu, yang dikeluarkan daripada rekahan dalam oleh pegawai pakar dalam usaha menyelamat yang “sukar,” telah terjatuh selepas keluar daripada helikopter di Pentas Ais Barat di sebuah tapak depot minyak.

Juruterbang tanpa nama itu telah terbang ke tapak terpencil itu, 90 batu nautikal dari timur laut pusat penyelidikan saintifik stesen Davis di Australia, sebahagian daripada operasi rutin untuk menurunkan minyak, kata Divisyen Antartik Australia, menambah beliau mempunyai “pengalaman di Antartik.”

Seorang lagi juruterbang, yang berada dalam helikopter berasingan gagal memberikan bantuan, dan terbang balik ke stesen Davis, penerbangan yang mengambil masa kurang sejam, pulang semula dengan tiga pegawai pakar, salah seorang di antara mereka memasuki jurang glasier dan mengeluarkan juruterbang cedera itu, beritahu pengarah Divisyen Nick Gales kepada wartawan di Tasmania.

Gales berkata Pentas Ais Barat adalah kawasan amat terpencil di timur rantau Antartik, dengan keadaan kerja am di benua beku itu “amat berbahaya terutamanya di kawasan terpencil.”

“Juruterbang berada dalam keadaan kritikal, setelah dibawa pulang ke Stesen Davis,” kata Gales, menambah beliau berada di jurang glasier selama dua hingga tiga jam sebelum diselamatkan.

Pegawai sedang menilai opsyen mereka untuk memindahkan juruterbang, kata Gales, menambah perjalanan ke Australia mungkin mengambil masa 24 jam.

Beliau enggan mengeluarkan butir-butir mengenai identiti dan kecederaan pesakit, memetik sebab-sebab privasi.

“Kami telah menghubungi program Antartik lain untuk menimbang bagaimana dan sama ada mereka dapat membantu kami, kami sedang menyediakan landasan kapal terbang kami di Wilkins berhampiran stesen Casey buat masa sekarang dan kami sedang melihat pada opsyen lain juga.”

Davis terletak di selatan tiga stesen Antartik Australia, yang juga termasuk Casey dan Mawson, serta satu stesen Antartik kecil di Pulau Macquarie.

ARTIKEL YANG SAMA