Juruterbang kurangkan altitud penerbangan sebelumnya

Juruterbang kurangkan altitud penerbangan sebelumnya

BERLIN, 6 Mei (Reuters) – Juruterbang bersama Germanwings yang disyaki sengaja menghempaskan sebuat pesawat ke Pergunungan Alp Perancis pada Mac lalu, membunuh semua 150 orang di dalamnya, cuba untuk melakukan penurunan altitud pada penerbangan sebelumnya, lapor akhbar Jerman, Bild.

Para pendakwa percaya juruterbang bersama, Andreas Lubitz berusia 27 tahun itu, mengunci kapten di luar kokpit dan mengemudikan pesawat itu menuju ke lereng gunung dalam satu penerbangan dari Barcelona ke Duesseldorf pada 24 Mac.

Bild, memetik sumber rapat dengan agensi siasatan terhempas BEA, Perancis, mengatakan laporan sementara yang BEA merancang untuk menyiarkannya hari ini yang akan mengatakan Lubitz telah cuba melakukan pengurangan altitud penerbangan daripada biasanya ketika penerbangan dari Duesseldorf ke Barcelona pada hari yang sama semasa nahas itu.

Bild memetik sumber sebagai mengatakan laporan BEA akan membincangkan tentang ‘penurunan yang dikawal yang berakhir beberapa minit dan ketiadaan justifikasi penerbangan’.

Kokpit dalam pesawat Airbus A320 Germanwings. – AFP
Kokpit dalam pesawat Airbus A320 Germanwings. – AFP

BEA mengatakan ia akan mengeluarkan laporan awal hari ini namun enggan untuk memberi komen berhubung kandungan atau pada laporan Bild.

Lubitz telah mengalami depresi teruk pada masa lalu dan sebuah komputer ditemui di rumahnya menunjukkan dia telah menggunakan Internet untuk mencari jalan bagi melakukan bunuh diri semasa menjelang hari nahas kapal terbang itu. Pendakwa juga menemui koyakan surat cuti sakit di rumahnya, menunjukkan dia seharusnya tidak menerbangkan pesawat pada hari itu.

Lufthansa, yang memiliki Germanwings, enggan untuk memberi komen atas laporan Bild, mengatakan siasatan masih lagi diteruskan.