Juruterbang maut semasa misi latihan

Juruterbang maut semasa misi latihan

BAGHDAD, 26 Jun (AFP) – Juruterbang Iraq, Rasid Mohammed Sadiq terbunuh apabila pesawat pejuang F-16 yang dipandunya terhempas semasa satu misi latihan di Amerika Syarikat (AS), menurut kementerian pertahanan Iraq hari ini.

Pasukan mencari telah menemui mayat Sadiq, seorang brigedier, di tapak nahas di negeri Arizona, menurut kenyataan.

Kemalangan berlaku pada Rabu, terjadi semasa latihan pengisian minyak di udara, menurut seorang pegawai pertahanan AS.

Kedutaan AS di Baghdad mengatakan Sadiq ‘berada pada hari-hari terakhir latihannya, dan dia tidak sabar-sabar untuk pulang ke negaranya.”

Washington bersetuju untuk menjual 36 buah pesawat F-16 ke Iraq, namun pembelian itu telah menjadi sumber perdebatan bersama Baghdad yang sering mengadu bahawa ia tidak dihantar dengan cukup pantas.

Disebabkan keadaan tidak terjamin di Iraq, tempat kumpulan IS menakluki kebanyakan wilayah pada Jun lalu, telah menangguhkan penghantaran jet-jet berkenaan, dengan kumpulan pertama telah dihantar ke Arizona, tempat juruterbang berlatih.

Apabila jet-jet itu tiba di Iraq, F-16 akan menjadi perangsang penting bagi pasukan udara negara, dalam kedua-dua terma pertahahan udara dan serangan darat.