Juruterbang pesawat solar sedia pecah rekod

Juruterbang pesawat solar sedia pecah rekod

NANJING, China, 4 Mei (AFP) – Juruterbang yang ingin mencuba memecah rekod penerbangan dengan melintasi Lautan Pasifik menggunakan pesawat berkuasa matahari menggambarkan hari ini, mengenai risiko misi itu adalah sebagai salah satu perjalanan bagi penemuan diri.

Solar Impulse 2 dan juruterbang Switzerland Andre Borchberg menunggu di bandar Nanjing timur China bagi keadaan cuaca yang mengizinkan untuk membolehkan percubaan pusingan penting yang paling mencabar itu untuk mengelilingi dunia dalam pesawat berkuasa matahari.

“Kami memiliki banyak langkah-langkah untuk mengurangkan risiko,” Borschberg memberitahu para wartawan.

“Ia adalah satu cabaran namun saya melihat ia sebagai satu kembara dalaman. Ia adalah peluang hebat untuk mengetahuinya sendiri.”

Penerbangan sejauh 8.500km dari China ke negeri Hawaii, Amerika Syarikat (AS) dijangka akan mengambil masa lima ke enam hari tanpa henti, dengan hanya juruterbang tunggal. Jika ia berjaya ia akan menjadi penerbangan pesawat berkuasa solar yang paling panjang.

Para pengajur pada asalnya mengatakan pesawat udara itu boleh berlepas pada Selasa, namun seorang jurucakap wanita mengatakan pelepasan paling awal adalah pada Sabtu.

Borschberg yang berusia 62 tahun, yang menjalani latihan sebagai seorang juruterbang jet pejuang dalam tentera udara Switzerland, akan berdepan suhu ekstrem dalam kokpit 3.8 meter padu tanpa tekanan dan kepanasan itu.

“Ini akan menjadi saat kebenaran, saya maksudkan yang menjadi persoalan besar: Adakah kami akan berjaya melakukannya?” ujarnya kepada sidang media.

Kerusi juruterbang memiliki payung terjun bersepadu dan rakit keselamatan jika berlaku sebarang kecemasan.

Berpendidikan sebagai seorang jurutera mekanikal dan kemudian menjadi seorang usahawan, Borschberg mengatakan dia akan menggunakan yoga untuk berdepan dengan tekanan pada badannya semasa penerbangan itu.