Juruterbang Thai bergurau tentang pesawat terhempas

Juruterbang Thai bergurau tentang pesawat terhempas

BANGKOK, 13 Jun (AFP) – Pesawat penerbangan tambang rendah Thailand, Nok Air meminta maaf hari ini selepas salah seorang juruterbangnya bergurau mengenai menghempaskan pesawat yang membawa perdana menteri yang disingkirkan, Yingluck Shinawatra.

Kesilapan bodoh itu menunjukkan bagaimana perasaan benci terhadap kaum keluarga politik Shinawatra masih mendalam selama dua tahun selepas pentadbiran Yingluck digulingkan oleh rampasan kuasa.

Komen juruterbang itu dibuat dalam kumpulan sembang media sosial yang digunakan oleh juruterbang Nok Air yang kemudiannya bocor.

Dalam sembang itu, seorang juruterbang menyiarkan gambar Yingluck yang hendak menaiki pesawat penerbangan Nok Air mereka pada hujung minggu.

Salah seorang anggota kumpulan sembang itu memberi tindak balas dengan ‘Kami telah berdoa di dalam pesawat ini’. Kemudian yang lain membalas ‘CFIT’.

CFIT adalah satu akronim penerbangan bagi ‘menerbangkan pesawat ke kawasan berbatu-batan’, satu terma yang digunakan untuk menggambarkan apabila seorang juruterbang menghempaskan pesawat yang tidak ada masalah teknikal, tanpa disengajakan.

Panthongtae Shinawatra – anak lelaki kepada abang Yingluck, Thaksin Shinawatra, yang digulingkan sebagai perdana menteri pada rampasan kuasa 2006 – menyiarkan sembang bocor itu dalam Facebooknya.

“Walaupun jika mesej itu tentang para penumpang hanyalah satu gurauan, ia adalah dikira sebagai salah dan tidak dapat diterima,” tulisnya.

CEO Nok Air, Patee Sarasin menulis permohonan maaf terbuka kepada Yingluck, mengatakan komen juruterbang itu tidak berkaitan dengan syarikat berkenaan.

“Pesawat penerbangan menegaskan bahawa kami bekerja dengan pengurusan yang bagus untuk memberi khidmat kepada semua penumpang secara adil tanpa adanya diskriminasi,” ujarnya, tanpa menghuraikan apa, jika sebarang, tindakan disiplin yang juruterbang itu akan hadapi.

ARTIKEL YANG SAMA