Juruterbang Ukraine diseludup ke Rusia

Juruterbang Ukraine diseludup ke Rusia

DONETSK, Rusia, 30 Sept (AFP)  – Juruterbang wanita warga Ukraine, Nadiya Savchenko yang sedang dibicarakan atas tuduhan membunuh dua wartawan Rusia, semalam berkata dia telah ditawan oleh kumpulan pemisah pro-Kremlin dan kemudian diseludup ke Rusia oleh lelaki bertopeng dan bersenjata.

“Saya seorang tahanan perang dan tebusan yang diculik,” Savchenko memberitahu mahkamah dalam ucapan penuh dramatik, dengan mengatakan kumpulan pemisah telah menawannya di timur Ukraine dan memberitahu bahawa mereka akan ‘menjualnya’ kepada Rusia.

Pemandu arah helikopter tentera berusia 34 tahun itu memberi keterangan buat pertama kali pada perbicaraannya yang ditonjolkan di bandar sempadan kecil, Donestk di selatan Rusia.

Kes itu telah menjadikannya kebanggaan kebangsaan di Ukraine dan mencetuskan kemarahan di Barat.

Rusia menuduh Savchenko membantu menghalakan serangan artileri yang membunuh dua wartawan televisyen kerajaan di timur Ukraine pada Jun 2014.

Presiden Ukraine Petro Poroshenko yang bercakap di Perhimpunan Agung PBB semalam, menyifatkan Savchenko salah seorang ‘tahanan politik Kremlin’ dan berkata PBB seharusnya ‘memberi tekanan ke atas Rusia supaya segera membebaskan semua tebusan warga Ukraine.”

ARTIKEL YANG SAMA