Jurutulis MMN terima kunjungan muhibah

Jurutulis MMN terima kunjungan muhibah

pg04_151002_d

BANDAR SERI BEGAWAN, 1 Okt – Jurutulis 1 (Pertama) Majlis Mesyuarat Negara (MMN), Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Pekerma Jaya Dato Paduka Haji Judin bin Haji Asar, hari ini, telah menerima kunjungan muhibah daripada kaunselor Kedutaan Besar China ke Negara Brunei Darussalam yang akan menamatkan perkhidmatan dan yang baru dilantik.

Pada majlis yang berlangsung di Jabatan Majlis-Majlis Mesyuarat, di Jalan Dewan Majlis, Yang Dimuliakan Pehin yang juga Setiausaha Majlis Mesyuarat Menteri-Menteri Kabinet dan Fang Xinwen yang akan menamatkan perkhidmatan serta Fu Fengshan yang baru dilantik sebagai Kaunselor Kedutaan Besar China telah bertukar-tukar pandangan dan membincangkan mengenai langkah-langkah kerjasama yang boleh diwujudkan di antara MMN dan Kedutaan Besar China.

ARTIKEL YANG SAMA