Juruwang Baiduri dituduh pecah amanah

Juruwang Baiduri dituduh pecah amanah

Oleh Rafidah Jumat

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 2 Julai – Seorang juruwang di Baiduri Bank Finance Berhad dihadapkan ke Mahkamah Perantaraan di sini, hari ini, atas kesalahan pecah amanah pada 2010.

Mohamad Yusmin Hatta bin Md Yusop, 31 menghadapi pertuduhan melakukan pecah amanah berjumlah $54,901.75 milik bank antara bulan Mac dan Julai 2010.

Tertuduh didakwa di bawah kesalahan seksyen 408 Kanun Hukuman Jenayah, Penggal 22 yang membawa kepada hukuman penjara sehingga 10 tahun dan juga denda.

Hakim Haji Abdullah Soefri bin POKSM DSP Haji Abidin memberi tempoh sehingga 3 Ogos untuk tertuduh mendapatkan nasihat guaman, dan melanjutkan tempoh ikat jamin tertuduh.

Kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Farhanah binti Pehin Dato Haji Suhaili.

ARTIKEL YANG SAMA