Justin Hong Ping Khiong ‘temui’ Mr. Brown

Justin Hong Ping Khiong ‘temui’ Mr. Brown

Oleh Mohamad Asyramisyanie

Gambar oleh Muiz Matdani

BANDAR SERI BEGAWAN, 27 Dis – Dengan hanya bertanya soalan “Are You Mr. Brown?” kepada ikon yang tersembunyi, Justin Hong Ping Khiong memenangi hadiah berupa tiket penerbangan ke Taiwan berserta Pakej Penginapan 4 Hari 3 Malam untuk dua orang.

Beliau meraih hadiah berkenaan selepas berjaya menumpaskan 835 peserta lain dalam permainan Man Hunt, ‘Di manakah Mr. Brown?’ yang berlangsung buat kali pertama di Utama Grand di The Mall, Gadong.

Justin akan berpeluang untuk melawat ke kilang pembuatan kopi terkenal selain berpeluang untuk melawat ke beberapa istana serta tempat menarik di Taiwan.

Justin Hong, pemenang bertuah pakej pelancongan ke Istana Mr. Brown.
Justin Hong, pemenang bertuah pakej pelancongan ke Istana Mr. Brown.

Tempat kedua dan ketiga dimenangi oleh Dayang Hanani Suhaimi dan Dayang Nurnadhirah Hanani Fatin binti Mohd Suzaini, dan masing-masing membawa pulang hadiah berupa bekalan minuman kopi Mr. Brown selama setahun.

Selain itu, lima lagi pemenang lain pulang bersama hadiah berupa barangan edisi terhad Mr. Brown antaranya ialah Dayang Nor Syaza Irdina binti Haji Mohd Ayub, Brandon Chin Wei Chin, Dayang Nurhanis Azhani Yahaya, Dayang Nurhafizah binti Haji Abdul Rahman dan Ummi Nurhumaira Masein. Hadir menyampaikan hadiah kepada pemenang hari ini adalah Pengarah Urusan Alking Trading Co Sdn Bhd, Yeo Yam Joo serta Pengurus Besar Alking Trading, Khai Yeo.

ARTIKEL YANG SAMA