Jutaan beg udara Bermasalah

Jutaan beg udara Bermasalah

WASHINGTON, 2 Sept (AFP) – Pengawal Selia Amerika Syarikat (AS) kelmarin berkata lebih daripada 23.4 juta kenderaan mempunyai masalah beg udara yang dihasilkan oleh syarikat Jepun Takata, kurang daripada jangkaan sebelumnya sebanyak 30 juta.

Semakan semula angka tersebut datang dari Pentadbiran Keselamatan Trafik Lebuh raya Negara, yang mengatakan mengenai empat juta kenderaan mempunyai inflator beg udara bermasalah di kedua-dua ruang pemandu dan penumpang.

Beg udara bermasalah Takata telah dipersalahkan terhadap lapan kematian dan lebih daripada 100 kecederaan di seluruh dunia.

Kerosakan yang dijangka berkaitan dengan dorongan kimia yang membantu mengembungkan beg udara itu boleh menyebabkan ia melancarkan tekanan kuat, membuat serpihan besi terhumban menuju ke ara pemandu dan penumpang. T   Penarikan semula melibatkan 11 pembuat kereta AS: BMW, FCA (Chrysler), Daimler, Ford, General Motors, Honda, Mazda, Mitsubishi, Nissan, Subaru dan Toyota.

Lebih daripada 23.4 juta kenderaan mempunyai masalah beg udara di AS. – Reuters
Lebih daripada 23.4 juta kenderaan mempunyai masalah beg udara di AS. – Reuters

Penarikan semula beg udara itu merupakan penarikan semula produk terbesar sekali dalam sejarah AS yang menimbulkan cabaran dalam melaksanakannya. NHTSA berkata mereka telah berunding dengan semua pembuat kereta dan beberapa pembekal beg udara “untuk mengumpul maklumat pada bekalan inflator, faktor risiko, dan rintangan terbesar untuk mengganti inflator yang bermasalah.”

Ia juga berkata telah melengkapkan ujian awal terhadap inflator Takata, dilaksanakan untuk membandingkan dengan keputusan ujian dari Takata dan lain-lain.

“Keputusan awal pada umumnya konsisten dengan data dari Takata, termasuk penemuan Takata terhadap risiko yang berkaitan dengan kenderaan dari kawasan geografi tinggi dan lembap,” agensi itu berkata.

ARTIKEL YANG SAMA