Jutawan Asia bakal jadi paling kaya di dunia

Jutawan Asia bakal jadi paling kaya di dunia

SINGAPURA, 16 Sept (AFP) – Para jutawan Asia Pasifik dijangka akan menjadi yang terkaya di dunia tahun ini, menurut laporan hari ini, sebahagian besarnya dipacu oleh individu-individu paling kaya di India dan China.

Gabungan kekayaan orang paling kaya Asia Pasifik akan mengatasi jumlah tahun 2014 iaitu sekitar AS$15.8 trilion dan menewaskan rakan jutawan mereka di Amerika Utara – yang pada masa ini kumpulan terkaya di dunia dengan perkongsian kekayaan sebanyak AS$16.2 trilion tahun lepas, menurut kajian.

Kajian menggunakan konsultasi perkhidmatan komputer Capgemini dan Pengurusan Kekayaan RBC mengatakan rantau Asia Pasifik sudah mempunyai bilangan tinggi bagi individu-individu dengan nilai bersih tertinggi dengan 4.69 juta pada 2014 ke atas 4.68 juta di Amerika Utara.

HNWI adalah mereka yang memiliki wang pelaburan sekurang-kurangnya AS$1.0 juta selain nilai kediaman dan barangan lain milik mereka.

“Meninjau seterusnya ke hadapan, kekayaan HNWI dijangka akan meluas di Asia Pasifik dari mana-mana rantau di dunia dengan banyak kekayaan baru dijangka datangnya dari ekonomi-ekonomi membangun seperti China, India, Indonesia dan Thailand,” menurut Laporan Kekayaan Asia-Pasifik 2015, firma itu.

“China dan India, terutamanya, telah mendorong pertumbuhan kekayaan HNWI Asia Pasifik beberapa tahun kebelakangan dan dijangka akan terus untuk bertindak sebagai pemacu penting bagi kedua-duanya di rantau dan global.”

Laporan itu mengatakan China dan India mewakili hampir 10 peratus kekayaan HNWI global, dan diperkira kira-kira 17 peratus pertambahan seluruh dunia dalam kekayaan baru sejak 2006.

China mempunyai 890,000 jutawan dengan jumlah kekayaan sekitar AS$4.5 trilion pada 2014, meningkat 17.5 peratus dan 19.3 peratus, masing-masing dari tahun sebelumnya. Secara global, India mencatatkan langkah pertumbuhan pantas dalam bilangan jutawan – 26.3 peratus kepada 198,000 – sementara jumlah kekayaan meningkat 28.2 peratus kepada AS$785 bilion, tambah laporan itu.