Jutawan serang bintang TV berdepan pengadilan

Jutawan serang bintang TV berdepan pengadilan

PHNOM PENH, 16 Julai – Perdana Menteri Kemboja hari ini menggesa jutawan hartanah, yang perbuatannya menyerang seorang bintang TV popular tersebar melalui rakaman video, supaya kembali ke tanah air dan berdepan dengan pengadilan selepas beliau bertindak melarikan diri.

Ek Socheata, lebih dikenali dengan nama pentasnya sebagai SaSa, menceritakan kepada AFP hari ini kejadian menggerunkan apabila jutawan hartanah Sok Bun dan pengawal peribadi beloiau menyerang Sasa di sebuah restoran di Phnom Penh.

Rakaman CCTV mengenai serangan itu muncul minggu lepas, sekali gus mencetuskan kemarahan awam di Kemboja, di aman keganasan ke atas wanita kerap berlaku dan golongan kaya pula dilihat sentiasa terlepas daripada sistem perundangan kerana mengamalkan rasuah.

“Beliau menggunakan butnya untuk menindih badan dan kepala saya, beliau menyepak saya dan menggunakan butnya untuk menghentak muka dan hidung saya,” kata Sasa yang berusia 28 tahun.

“Saya sedar banyak berlaku keganasan domestik di Kemboja, tetapi keganasan ini sungguh kejap. Beliau memukul bukan untuk menakutkan saya, tetapi untuk membunuh saya,” tambahnya.

Perdana Menteri Kemboja Hun Sen berkata hari ini beliau marah dengan Sok Bun, yang kedudukannya kini tidak diketahui, masih belum menyerah diri kepada polis.

“Saya sudah meminta Sok Bun supaya hadir ke mahkamah dengan segera,” katanya dalam ucapan di majlis penganugerahan sijil kepada para pelajar.

“Anda sudah mengaku menyerang mangsa…pulang lah segera untuk berdepan pengadilan,” tambahnya, sambil menyifatkan serangan itu sebagai “keterlaluan.” – AFP

ARTIKEL YANG SAMA