Juve benam Spurs di Australia

Juve benam Spurs di Australia

MELBOURNE, 27 Julai – Juara Liga Itali Juventus, meledak dua jaringan awal untuk membenam Tottenham Hotspur 2-1 dalam aksi Piala Juara-Juara Antarabangsa di sini, sebentar tadi.

Gergasi Turin itu, yang merangkul mahkota Serie A kelima berturut-turut musim lalu, menyumbat gol awal menerusi Paulo Dybala dan Medhi Benatia untuk mendahului 2-0 di babak pertama.

Bintang sensasi Argentina, Erik Lamela mencetuskan kebangkitan buat Spurs apabila dia yang dibawa masuk pada babak kedua, menjaringkan gol dan hampir menambah satu lagi.

“Ia adalah ujian yang bagus menentang salah satu antara pasukan terkuat Liga Juara-Juara untuk musim depan,” kata pengurus Juventus, Massimiliano Allegri.

Seawal minit keenam, Spurs terpaksa membayar harga yang tinggi di atas kegagalan pertahanannya Dominic Ball mengeluarkan bola dengan baik untuk Roberto Pereyra mengutip dan mengumpannya kepada Dybala yang tidak mempersiakan peluang itu bagi menewaskan penjaga gol Michel Vorm.

Pertahanan Spurs sekali lagi dihukum apabila kegagalan mereka mengeluarkan bola sepakan sudut menyebabkan pertahanan Morocco Benatia menanduk masuk bola lapan minit kemudian.

Tottenham kembali merapatkan kedudukan pada minit ke-67 dengan pemain sayap Lamela mudah menyempurnakan bola hantaran Victor Wanyama.

“Ia adalah separuh masa kedua yang bagus untuk kami dan saya sangat gembira. Ia bukannya mengenai keputusan, sebaliknya ia mengenai aksi pra-musim,” kata pengurus Spurs Mauricio Pochettino.

Juventus seteruskan akan bertandang ke Hong Kong bagi menentang South China pada Jumaat ini selepas mengutip satu kemenangan dan satu kekalahan kepada Melbourne Victory sepanjang di Australia. – AFP