Juve beri peluang pemain remaja bermain

Juve beri peluang pemain remaja bermain

MILAN, 20 Nov – Bintang remaja Juventus, Moise Kean diberikan penampilan sulung dalam Serie A pada usia 16 tahun 265 hari selepas menggantikan Mario Mandzukic ketika Juventus mudah menundukkan Pescara 3-0 untuk mengukuh kedudukan di persada liga, awal pagi tadi.

Juventus merakam kemenangan selesa ke arah pasukan baharu Serie A itu hasil jaringan Sami Khedira, Mandzukic dan Hernanes untuk mereka meraih kemenangan keempat berturut-turut sekali gus berkelebihan tujuh mata mengatasi Roma.

Pengendalinya, Massimiliano Allegri memberi bayangan terhadap kemunculan bintang baharu pasukan itu apabila membawa masuk Kean yang menampilkan persembahan menakjubkan ketika beraksi bersama pasukan bawah 19 tahun Juventus sebelum ini.

Kean hanya memiliki tempoh yang singkat untuk beraksi tetapi berjaya menunjukkan gerakan yang baik untuk mendapatkan sepakan sudut sebelum wisel penamat dibunyikan.

Penampilan singkat itu bagaimanapun memberi peluang kepada dunia untuk menyaksikan Kean yang memiliki keturunan Ivory Coast namun beraksi untuk semua peringkat usia bersama Itali sekali gus menjadi pemain pertama yang dilahirkan selepas tahun 2000 beraksi dalam Liga Juara-Juara musim hadapan. – AFP