Juve fokus Coppa Italia, bukan Barca

Juve fokus Coppa Italia, bukan Barca

MILAN, 19 Mei – Pemain tengah Juventus, Claudio Marchisio menegaskan gergasi Turin memberi tumpuan penuh kepada penantian 20 tahun mereka untuk menjulang Piala Itali ketika final Liga Juara-Juara dengan Barcelona semakin dekat. Juventus, yang berjaya mempertahankan kejuaraan liga mereka dua minggu lalu, kekal dalam cabaran untuk tiga trofi musim ini. Jika berjaya, Juventus akan mencontohi jejak Inter Milan bersama Jose Mourinho pada 2010.

Juventus bertemu Barcelona di Berlin pada 6 Jun untuk memenangi pertandingan kelab utama Eropah buat kali ketiga, tetapi Marchisio menegaskan mereka fokus sepenuhnya untuk memenangi ‘Coppa Italia’ pertama mereka sejak 1995.

“Sasaran nombor satu kami pada masa ini adalah Coppa Italia. Selepas itu kami akan mula memikirkan tentang Liga Juara-Juara,” kata Marchisio.

Jurulatih Juve, Massimiliano Allegri minggu lepas berkata: “Melangkah ke final Liga Juara-Juara adalah satu pencapaian besar, tetapi kami tidak boleh lupa Coppa Italia sangat penting dan Juventus belum pernah menjulang gelaran itu sejak 20 tahun.”

Midfield Real Madrid, James Rodriguez (kiri) bersaing dengan midfield Juventus, Claudio Marchisio sema-sa pusingan kedua separuh akhir Liga Juara-Juara di stadium Santiago Bernabeu 13 Mei lalu. - AFP
Midfield Real Madrid, James Rodriguez (kiri) bersaing dengan midfield Juventus, Claudio Marchisio sema-sa pusingan kedua separuh akhir Liga Juara-Juara di stadium Santiago Bernabeu 13 Mei lalu. – AFP

Marchisio, yang menjaringkan gol menerusi sepakan penalti pada hujung minggu ketika Juve bangkit daripada ketinggalan untuk menewaskan Inter Milan 2-1 di San Siro, adalah salah seorang daripada dua pemain utama yang hilang dari skuad Massimiliano Allegri untuk pertembungan Rabu ini.

Alvaro Morata, penyerang Sepanyol yang lewat menyamakan kedudukan menentang Real Madrid semasa aksi kedua separuh akhir Liga Juara-Juara, juga akan terlepas permainan kerana menjalani penggantungan.

Jika tidak, Allegri mempunyai skuad penuh selepas merehatkan beberapa pemain utama termasuk Gianluigi Buffon, Patrice Evra, Andrea Pirlo, Arturo Vidal dan Carlos Tevez untuk kemenangan di San Siro Sabtu lalu. – AFP