Juve gah, pesaing Serie A bangkit

Juve gah, pesaing Serie A bangkit

MILAN, 17 Dis – Kemunculan pertama Liga Juara-Juara dalam tempoh 19 tahun menyusul kejayaan liga pertama dan dua piala bagi Juventus dalam tempoh dua dekad, tetapi ketika 2015 menghampiri penghujungnya, raja bola sepak Itali yang tidak dapat dipertikaikan itu menghadapi tindak balas Serie A.

Pasukan Old Lady of Turin itu mencatatkan tiga kemenangan pada akhir musim panas lalu dengan gelaran liga ke-31, Piala Itali ke-10 dan Piala Super Itali ketujuh selepas kemenangan 2-0 ke atas Lazio di Shanghai.

Usaha Juventus untuk menjulang mahkota Eropah pertama sejak 1996, bagaimana pun terhenti dalam keadaan bergaya ketika Barcelona memberikan pasukan Massimiliano Allegri itu persembahan terbaik dalam kemenangan 3-1 mereka di Berlin.

Meskipun tewas, kehadiran Juventus dalam perlawanan akhir itu adalah simbol kuat untuk aksi kepulangan mereka ke persaingan elit Eropah selepas 20 tahun menyaksikan AC Milan (dua), Real Madrid (empat) Manchester United (dua), Bayern Munich (dua) dan Barcelona (empat) memenangi trofi berganda sejak kejayaan mereka pada 1996 ke atas Ajax.

Selepas Juventus tewas 4-0 menerusi agregat dalam suku akhir 2013 kepada pemenang Bayern Munich, bekas jurulatih Antonio Conte mendakwa ia akan mengambil masa 20 tahun bagi kelab Turin itu untuk mencapai peringkat seterusnya kerana kesukaran kewangan berbanding pesaing mereka yang lebih kaya.

Juventus meraikan kejayaan menundukkan Fiorentina dalam aksi Serie A di Turin, 13 Disember lalu. – AFP
Juventus meraikan kejayaan menundukkan Fiorentina dalam aksi Serie A di Turin, 13 Disember lalu. – AFP
Fiorentina meningkat begitu banyak musim ini sehingga persaingan untuk menduduki singahsana liga begitu sengit. – Reuters
Fiorentina meningkat begitu banyak musim ini sehingga persaingan untuk menduduki singahsana liga begitu sengit. – Reuters

pg21_151218_a

Persembahan hebat Gianluigi Buffon mampu menghalang lebih banyak jaringan yang memalukan bila Bianconero berdepan lawan yang lebih besar. – Reuters
Persembahan hebat Gianluigi Buffon mampu menghalang lebih banyak jaringan yang memalukan bila Bianconero berdepan lawan yang lebih besar. – Reuters
Higuain menjadi tunjang Napoli dalam persaingan untuk menjuarai Serie A Itali musim ini. – Reuters
Higuain menjadi tunjang Napoli dalam persaingan untuk menjuarai Serie A Itali musim ini. – Reuters

Dalam musim pertamanya, Allegri menukar idea itu ke dalam kepalanya. Pengganti Conte berusia 48 tahun itu obses dengan menewaskan pesaing Serie A mereka dengan strategi yang mengimbangi komitmen pasukan dalam tiga persaingan untuk menyaksikan gergasi Turin itu mara ke final 2015.

Kesudahannya, Barcelona mengatasi kelas Itali. Tentu sahaja, hanya persembahan hebat penjaga gol, Gianluigi Buffon menghalang lebih banyak jaringan yang memalukan.

Selepas apa yang dilihat pada perlawanan akhir Andrea Pirlo dengan jersi Bianconeri, Buffon mengakui: “Barcelona adalah pasukan terbaik dunia…ia adalah keputusan yang adil, tetapi kami menunjukkan kami boleh bersaing, baik sebagai pasukan mahu pun pemain individu.”

Buffon juga orang penting untuk Itali seperti Conte, yang membawa Juventus kepada tiga dari empat gelaran liga mereka yang lalu, membimbing Azzurri ke Euro 2016 dengan baki satu perlawanan.

Setelah tersingkir pada pusingan pertama Piala Dunia bagi kali kedua berturut-turut di bawah bekas jurulatih, Cesare Prandelii, skuad Itali yang diberikan nafas baru berharap untuk membuat perubahan di Perancis pada musim panas akan datang apabila mereka menghadapi pesaing Kumpulan E terdiri daripada Belgium, Sweden dan Republik Ireland.

Ketika banyak perkara menghalang, mungkin tidak ada tempat bagi seorang lelaki yang membawa Itali ke perlawanan akhir Euro 2012 menentang juara bertahan Sepanyol dengan persaingan separuh akhir menentang Jerman: bintang AC Milan, Mario Balotelli.

Penyerang Liverpool itu yang dalam pinjaman berada bakal kembali selepas pembedahan hernia dan mempunyai masa yang sedikit untuk menunjukkan kepada Conte, yang sejak kebelakangan memilih penyerang Southampton, Graziano Pell dan Eder dari Sampdoria yang beliau lihat boleh menyumbangkan sesuatu kepada kempen Itali.

Balotelli, selepas menyaksikan undian Euro 2016 berkata: “Tidak sabar menunggu.” Dengan Conte menjawab: “Tidak sabar menunggu apa? Untuk melihat kejuaraan dalam televisyen atau untuk beraksi di sana?”

Jika Balotelli boleh membantu meningkatkan AC Milan, itu pasti meningkatkan peluangnya dan Conte berkata: “Terserah kepadanya…untuk menunjukkannya. Tetapi dia perlu membuktikan banyak. Saya tidak mengetepikan seseorang.”

Sebelum pusingan akhir tahun ini, bekas kelab Balotelli, Inter Milan berada pada kedudukan teratas dengan mendahului empat mata di depan Fiorentina dan Napoli, dengan Juventus (enam mata) dan Roma (tujuh) di belakang untuk apa yang dilihat sebagai persaingan gelaran paling sengit dalam masa beberapa tahun.

Juventus kali terakhir memenangi lima gelaran berturut-turut pada 1930-an dengan pasukan yang menjadi nukleus sejarah Itali sebagai skuad yang memenangi Piala Dunia 1934.

Ketika mengintai satu lagi kejayaan trebel tahun ini, pasukan Allegri dilihat lebih sukar musim ini selepas Juventus diundi menentang Bayern Munich sebagai pesaing pusingan 16 terakhir dalam Liga Juara-Juara. – AFP