Juve hampiri gelaran Serie A

Juve hampiri gelaran Serie A

MILAN, 21 April – Dua gol daripada Paulo Dybala dan satu menerusi Mario Mandzukic memastikan pemburuan Juventus untuk meraih gelaran juara Serie A semakin kukuh apabila menewaskan Lazio 3-0, awal pagi tadi.

Pencabar terdekat Juventus, Napoli memberi amaran awal selepas meledak enam gol termasuk hatrik daripada pemain tengah Belgium, Dries Mertens bagi mengatasi Bologna, semalam.

Bagaimanapun, gergasi Turin itu tidak gentar dengan ancaman itu apabila mereka terus mengukuhkan kedudukan bagi mengulangi pencapaian 1935 yang menyaksikan kelab itu meraih lima kejuaraan berturut-turut.

Juventus akan menjulang trofi Serie A jika mereka menewaskan Fiorentina, Ahad ini dan Napoli tewas kepada Roma sehari kemudian. Bagaimanapun, jurulatih, Massimiliano Allegri berkata: “Kami memerlukan empat mata, jadi kami perlu satu kemenangan dan satu seri. Kami masih ada baki empat perlawanan, dua daripadanya di laman sendiri tetapi kami memikirkan mengenai perlawanan Ahad ini.

“Kami akan ke Florence dan ia akan menjadi sukar kerana permusuhan antara dua kelab ini. Tetapi kami yakin dengan persembahan terbaik kami boleh menang,” katanya.

Penyerang Juventus, Mario Mandzukic (dua kiri) menjaringkan gol semasa menentang Lazio di Stadium Juventus di Turin kelmarin. – AFP
Penyerang Juventus, Mario Mandzukic (dua kiri) menjaringkan gol semasa menentang Lazio di Stadium Juventus di Turin kelmarin. – AFP

Selepas Mandzukic membuka tirai jaringan buat Juventus enam minit sebelum tamat babak pertama dan Dybala meledak dua gol di babak kedua termasuk dengan satu daripadanya menerusi sepakan penalti. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA