Juve juara Serie A

Juve juara Serie A

ROM, 3 Mei (Reuters) – Juventus memenangi gelaran Itali buat kali ke-31 pada Sabtu selepas ledakan Arturo Vidal pada babak pertama menyaksikan pasukan Massimiliano Allegri membenam Sampdoria 1-0.

Ia adalah kejuaraan liga keempat berturut-turut Juventus dengan banyak banyak permainan musim ini dan memberikan dorongan terbaik menjelang separuh akhir Liga Juara-Juara menentang Real Madrid.

Pemain tengah Chile Vidal mendapatkan hantaran silang Stephan Lichtsteiner dengan tandukan cantik pada minit ke-32 untuk meletakkan Juventus 17 mata di depan Lazio di tempat kedua.

Pasukan Rom akan berkunjung ke Atalanta diambang penyingkiran hari ini dengan harapan meraih 15 mata untuk baki lima perlawanan. Juve hanya memerlukan satu mata untuk menamatkan persaingan merebut mahkota Serie A.

Gol liga pertama Vidal sejak Januari sudah cukup untuk mereka memenangi liga dan menjadi pasukan pertama menang di Sampdoria musim ini walaupun merehatkan Andrea Pirlo, Giorgio Chielini dan Alvaro Morata menjelang aksi pertama separuha kahir Liga Juara-Juara menentang Real Madrid Selasa ini.

Pemain Juventus menjulang Allegri selepas kemenangan perlawanan Serie A menentang Sampdoria di stadium Luis Ferraris di Genoa, Itali sekali gus menobatkan mereka Juara Serie A musim ini. – Reuters
Pemain Juventus menjulang Allegri selepas kemenangan perlawanan Serie A menentang Sampdoria di stadium Luis Ferraris di Genoa, Itali sekali gus menobatkan mereka Juara Serie A musim ini. – Reuters

Bagaimanapun, Juve mencetus kontroversi baharu apabila menyatakan kejuaraan itu adalah gelaran ke-33 kelab, bukannya yang ke-31 seperti catatan rasmi.

Jumlah 33 kejuaraan Liga Itali yang dimaksudkan Juventus itu termasuklah kejuaraan pada musim 2005 dan 2006 yang menyaksikan trofi mereka ditarik balik ekoran skandal mengatur perlawanan menyebabkan kelab diturunkan ke Serie B.

Juventus bagaimanapun langsung tidak pernah dapat menerima hakikat itu dan memasukkan juga kejuaraan pada dua musim berkenaan sebagai jumlah 33 kejuaraan di laman web rasmi mereka.

Selepas menewaskan Sampdoria 1-0, awal pagi tadi yang sekali gus mengesahkan kejuaraan musim ini, Juventus menerusi akaun Twitter mereka menulis: “Juara kali ke-33. Empat tahun berturut-turut. Kami tujukan kepada semua ada semua penyokong hitam putih.”