Juve Julang Piala Itali

Juve Julang Piala Itali

ROM, 21 Mei – Jaringan masa tambahan Alessandro Matri mengekalkan Juventus dalam laluan tiga kemenangan ketika juara Serie A itu menamatkan penantian selama 30 tahun untuk menjulang Piala Itali dengan kemenangan 2-1 ke atas Lazio semalam.

Juventus dikejutkan selepas hanya empat tahun apabila Stefan Radu melompat untuk menewaskan Marco Storari dengan tandukan kencang menerusi sepakan percuma selepas Paul Pogba dikasari di sudut kanan.

Juve kembali menyamakan kedudukan menerusi voli Giorgio Chiellini pada minit ke-10. Perlawanan berakhir selepas 90 minit tetapi Matri, yang kembali dalam pinjaman di Juve selepas dijual kepada Milan pada 2013, membuat perbezaan apabila menyudahkan hantaran Carlos Tevez dalam kawasan penalti untuk menewaskan Etrit Berisha di gawang Lazio.

Juve terus bertahan dalam persaingan sengit masa tambahan untuk menyaksikan separuh penonton berbaju hitam dan putih di Stadio Olimpico meraikan ketika juara itu menyelamatkan kemenangan liga pertama dan dua piala sejak 1995.

“Ia adalah trofi pertama kami dalam tempoh 20 tahun, jadi jelas ia amat istimewa bagi kami,” kata Matri.

Pemain Juve, Alessandro Matri meraikan kejayaan merangkul Piala Itali selepas membenam Lazio di Stadio Olimpico Rom, semalam. – AFP
Pemain Juve, Alessandro Matri meraikan kejayaan merangkul Piala Itali selepas membenam Lazio di Stadio Olimpico Rom, semalam. – AFP

Juve sekarang perlu fokus dengan Liga Juara-Juara menentang Barcelona di Berlin 6 Jun ini bagi melengkapkan musim mereka dan mengikuti jejak tiga kemenangan Inter Milan pada 2010.

“Ia adalah persaingan menarik. Sekarang kami hanya perlu fokus sehingga 6 Jun. Kami akan pergi ke Berlin setelah memenangi liga dan piala tetapi Barcelona berada dalam rentak menarik seperti kami,” kata jurulatih Juve, Massimiliano Allegri.

Allegri kehilangan midfield, Claudio Marchisio dan penyerang Alvero Morata kerana digantung dan tanpa penjaga gol nombor satu Gianluigi Buffon yang ketiadaannya amat ketara apabila Storari bergelut untuk mencapai tandukan kencang Radu menerusi sepakan percuma di kanan.

Namun Juventus, yang menewaskan Lazio 3-0 dan 2-0 dalam persaingan Serie A musim ini, kembali menyamakan kedudukan sebelum menang 2-1. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA