Juve kekal rekod tanpa kalah

Juve kekal rekod tanpa kalah

MILAN, 21 Mac (AFP) – Pasukan Juventus meneruskan rentak kemenangan tanpa kalah mereka dalam persaingan Serie A kepada 20 perlawanan dengan mencatatkan kemenangan 4-1 di Torino yang menyaksikan penjaga gol, Gianluigi Buffon melakar rekod permainan bersih baru dalam 973 minit perlawanan.

Juventus membuat kunjungan pendek ke Stadio Olimpico yang dilihat akan membuat perubahan bagi persaingan mereka di Bayern Munich pada Rabu ini.

Pasukan kendalian Massimiliano Allegri memberikan respon dengan bergaya, Paul Pogba meletakkan pasukan pelawat di depan 33 minit sebelum Sami Khedira mendahului 2-0.

Juventus kemudian terjejas tiga minit selepas perlawanan bersambung semula apabila Andrea Belotti mengurangkan jurang menerusi sepakan penalti untuk menamatkan rekod tanpa kalah Buffon dalam 973 minit, penjaga gol itu mengatasi rekod Sebastiano Rossi 929 minit bagi AC Milan pada 1994.

Tetapi pasukan juara itu mengekalkan kelebihan dua gol mereka hanya selepas sejam apabila Alvaro Morata, yang menggantikan Paulo Dybala selepas pemain dari Argentina itu berada dalam kesakitan, menjaringkan gol sebelum Khedira diarah meninggalkan padang kerana menentang.

Buffon melakar rekod terbaru permainan bersih dalam 973 minit perlawanan. Juventus meneruskan rentak kemenangan tanpa kalah mereka dalam persaingan Serie A kepada 20 perlawanan dengan mencatatkan kemenangan 4-1 ke atas Torino. – Reuters
Buffon melakar rekod terbaru permainan bersih dalam 973 minit perlawanan. Juventus meneruskan rentak kemenangan tanpa kalah mereka dalam persaingan Serie A kepada 20 perlawanan dengan mencatatkan kemenangan 4-1 ke atas Torino. – Reuters

Kemenangan ke-22 Juventus melanjutkan pendahuluan mereka ke atas Napoli yang berada di tangga kedua kepada enam mata menjelang pertemuan mereka pada Ahad menentang Genoa.

Roma, yang seri 1-1 menentang Inter pada Sabtu lalu, masih berada di tangga ketiga dengan pendahuluan lima mata ke atas Fiorentina, terikat seri tanpa jaringan di Frosinone dan Inter.

Juve terjejas dengan kekalahan mereka di Munich, di mana Thomas Mueller menjaringkan gol penyamaan pada minit ke 91 bagi pasukan Jerman untuk membawa penentuan pada masa tambahan, sebelum Bayern melengkapkan kemenangan menerusi agregat 6-4.

Allegri beraksi tanpa pemain pertahanan, Girogio Chiellini, menyerahkan permulaan kepada Daniele Rugani, begitu juga dengan pemain midfield, Claudio Marchisio menerusi kecederaan, tetapi mengalu–alukan Dybala kembali selepas dia juga terjejas di Allainz Arena.