Juve kian hampiri juara Serie A

Juve kian hampiri juara Serie A

MILAN, 4 April (AFP) – Rekod menyamai lima kejuaraan berturut-turut semakin hampir buat juara Serie A, Juventus awal pagi tadi ketika Roma mengekalkan usaha untuk mara ke Liga Juara-Juara selepas mengatasi pasukan tetangga Lazio 4-1.

Juventus tampak akan tersingkir daripada pemburuan gelaran selepas sebulan memastikan kejuaraan berganda liga dan Piala Itali tahun lalu dalam musim pertama Massimiliano Allegri mengambil alih jawatan selaku jurulatih.

Namun selepas persembahan tidak meyakinkan dalam kempen yang memberikan gergasi dari Turin itu hanya beberapa mata atas zon penyingkiran, Juve memungut enam mata berbanding Napoli yang tewas mengejut 3-1 di Udinese.

Juventus ketika menentang Empoli pada perlawanan lalu di Turin dengan kemenangan berpihak Juventus 1-0. – Reuters
Juventus ketika menentang Empoli pada perlawanan lalu di Turin dengan kemenangan berpihak Juventus 1-0. – Reuters

Juve, yang kali terakhir menang gelaran kelima berturut-turut pada 1935, hanya menang 1-0 di laman sendiri apabila berdepan Empoli semalam namun ia sudah cukup buat Allegri dengan berkata, “Saya harap Napoli akan cicirkan mata di Udinese”.

Permintaan pengendali berusia 48 tahun itu akhirnya menjadi kenyataan.

Walaupun penyerang Argentina, Gonzalo Higuain meledak jaringan ke-30 musim ini, Napoli tewas dalam saingan dipenuhi aksi ganas di Stadio Friuli yang menyaksikan jurulatih, Maurizio Sarri dibuang padang manakala Higuain dilayangkan kad merah.